innity

pages

Thursday, June 23, 2016

Rafizi terima maklumat Kassim, Shukri dipaksa letak jawatan

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif NOW menyangkal laporan berita yang menyatakan Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meletak jawatan secara sukarela, berdasarkan kepada maklumat yang diterima badan itu.
Maklumat itu menunjukkan campur tangan politik yang luar biasa dalam suruhanjaya itu, tegas Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR.
“Kami telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan,” dakwa Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu sidang media hari ini, Abu Kassim berkata perletakan jawatannya atas dasar rela hati, manakala Datuk Shukri Abdull pula bersara wajib.
“Jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM,” dakwa Rafizi lagi, “Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakan jawatan ketika itu.”
NOW akan mengadakan satu mesyuarat tergempar 27 Jun ini melibatkan ahli-ahli Parlimen, pimpinan masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaaan bagi membincangkan tindakan susulan mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.
Mereka juga mendesak ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
“Mereka adalah Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) dan Dato’ Takiyuddin bin Hassan (PAS),” jelasnya.
Ahli-ahli panel dalam jawatankuasa bebas SPRM yang baru dilantik turut digesa meletak jawatan, manakala yang bakal dilantik digesa menolak tawaran jawatan sebagai tanda bantahan.
“Panel dalam jawatankuasa-jawatankuasa bebas SPRM adalah Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO), Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR),” katanya. - FMT

3 comments:

  1. RPOPESOR SERBA TAHU BUKA MULUT BUSOK LAGI.

    ReplyDelete
  2. NUJUM PAK BELALANG SEMUA TAHU... SELAGI ADA BELALANG. KITAB NUJUM JANGAN BAKAR DULU TAU.....

    ReplyDelete
  3. Taktik najib elak didakwa
    Malu
    Takut
    Hilang kuasa
    Porak peranda
    Papa kedana

    Turun lah malepetaka najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com