innity

pages

Friday, June 10, 2016

Punca Rakyat Malaysia MATI DITEMBAK di Thailand: "Suspek Marah bila Nizam Potong Motosikalnya"


Hatyai: Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah, pada awal pagi 16 Mei lalu, di Hatyai dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.
Perkara itu didedahkan Penolong Ketua Polis Songkhla Kolonel Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, tidak berpuas hati cara tunggangan motosikal Mohd Nizam lalu menembaknya.
"Motif suspek menembak mangsa kerana motosikal mangsa tiba-tiba memotong motosikal dinaikinya bersama rakan, menyebabkannya terkejut dan marah dengan kejadian itu lalu melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, Warawut berasal dari Hatyai adalah penjual alat binaan dan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis.
Pada 16 Mei lalu, Mohd Nizam yang berasal dari Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.
Chaiwat berkata, polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya.
Menurutnya, polis menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman CCTV sebelum dapat menahan Warawut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com