innity

pages

Sunday, June 19, 2016

Program Harith Iskander tampil Mahathir DIARAH BATAL

PETALING JAYA: Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Obviously Harith Iskander (OHI), rancangan bual bicara yang mula disiarkan di Astro Awani bulan lalu, dibatalkan.
Bekas perdana menteri itu sendiri mendedahkannya pada satu majlis di Sekinchan pagi ini.
Bercakap pada program “Majlis Peduli Rakyat” anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Mahathir berkata Perdana Menteri hanya mahu pujian dan akan melakukan apa saja menghentikan perbezaan pendapat.
“Itu cara dia, tutup mulut orang tutup telinga orang dan akhbar asing pun nak tutup juga walaupun sukar sikit,” katanya dan turut memberi amaran kepada orang ramai jangan sebut mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion di media sosial.
Mahathir dijadualkan menjadi tetamu undangan dalam bual bicara Harith esok. Gambar Mahathir dan Harith dalam rakaman program itu juga sudah dikongsi di Facebook beberapa hari lalu. Gambar itu menunjukkan Mahathir memandu kereta Proton sementara Harith duduk di sebelahnya.
“Baru-baru ini saya ada ambil bahagian dalam satu siri televisyen oleh Harith Iskander. Dia ada ambil sikit video untuk ditayangkan pada Sabtu ini iaitu esok. - FMT

3 comments:

  1. Alhamdullillah BN menang di kedua2 PRK...berkat bulan Ramadhan.
    Takeperlah Tun....nanti kurangpulak pahala puasa Tun...keluar tv nanti asik duk kondem najib...fitnah dan mcm2 lagi...syukur lah tak berlaku. dah lah tu pi lah baca AlQuran..buat kerja berfaedah sikit dpd sebok berpolitik menghentam orang....muhasabah apa yang boleh....kenapa tak dapat jatuhkan najib sampai skrg.

    ReplyDelete
  2. Ya..kita menang di kedua kawasan tp tiada makna apa2 kpd rakyat marhein..makin ramai menjadi asnaf penerima zakat..gst..tol utk few highway yg akan naik..masih ramai tiada kediaman sendiri menyewa di rumah yg sempit..pemaju rumah masih dibiarkan menggila membina rumah baru yg harga stgh juta ke atas..peratus pemilikan tanah org melayu makin berkurang..islam makin dipandang rendah..melayu masih ketinggalan jauh dlm pelbagai bidang..

    Kembalilah kpd al quran..hanya itu shj jawapan kpd segala permashalahan ini..sedihnya ramai yg diberi kuasa tidak meletakkan islam di tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembalilah kepada Al Quran....yang menyeru semua org Islam dan melayu bersatu.

      Sekarang kuasa di tangan BN yg dipimpin oleh org melayu dan Islam..

      Marilah PAS bekerjasama dengan UMNO sbg memenuhi kehendak alquran.

      Dulu PAS boleh pulak bekerjasama dgn DAP yg terang terang menolak Islam...kenapa tidak dengan UMNO...

      Kalau org melayu dan Islam kuat (UMNO +PAS), kaum lain akan selamat.

      Percayalah!!!

      PRU14...BN (Umno kerjsama dn PAS) akan menghancurkan pembangknag Parti Harapan ygtiada harapanlangsung!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com