innity

pages

Wednesday, June 1, 2016

[POLIS MESTI BERTINDAK] VIDEO Jilat, Koyak dan Jadikan Al-Quran Bahan Seks


KUALA LUMPUR - Polis diminta mengambil tindakan terhadap individi yang mencemar al-Quran dengan tindakan melampau, termasuk menjilat, menggoyak dan menjadikan kitab suci umat Islam itu sebagai bahan seks di laman sosial.

Empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) serta Akhlak Rahsia Cekal (ARC) membuat laporan polis di sini hari ini.

Mereka juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat video berkenaan di internet supaya tidak terus diviralkan, menurut Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay kepada  pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan individu berkenaan adalah biadap dan penghinaan melampau kepada seluruh umat Islam.

Video berdurasi 47 saat itu memaparkan seorang individu berbaju jingga menjilat dan mengoyakkan al-Quran sebelum menjadikan kitab suci itu sebagai bahan seks.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama

Sumber video: youtube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com