innity

pages

Friday, June 10, 2016

PM Umum KUISAS diberi status universiti awam berkuat kuasa serta-merta


KUALA KANGSAR, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti awam penuh, berkuat kuasa serta-merta.
Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS di sini.
“Bagi kesinambungan bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar pendidikan Melayu tertua di Malaysia, maka sukacita saya umumkan KUISAS sebagai sebuah universiti penuh.
“Dengan ini KUISAS akan menerima geran kerajaan pusat berkuat kuasa serta merta,” katanya.
Sehubungan itu Najib berkata, KUISAS akan menggunakan nama Universiti Azlan Shah Malaysia (USAS) dan akan menerima geran tahunan kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah geran tahunan berkenaan.
Turut menunaikan solat Jumaat bersama Najib ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta empat orang anak-anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Amar.
Turut sama kira-kira 500 jemaah yang terdiri daripada warga KUISAS dan penduduk setempat.
KUISAS mula beroperasi pada tahun 1999 yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan sebelum dinaik taraf menjadi kolej universiti pada 2013.
Menaik taraf KUISAS kepada universiti awam merupakan satu daripada lima agenda yang dijanjikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid kepada pengundi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. – Bernama

3 comments:

  1. Jika najib beri sudah tentulah rakyat menerima dan ucapkanlah terimakasih.

    Malahan jika peraih undi najib datang menabur janji pastikan tepati janji sebelum hari mengundi.

    Apabila tiba hari mengundi pangkah calon yg menyokong deklarasi rakyat.

    Kepada penyokong tegar umno, masih sayangkan umno,;boleh lakukan dengan tidak hadir pada hari mengundi atau rosakkan kertas undi dengan menulis "undur najib" "najib zalim" "najib korup" "najib menganaiya parti umno dan rakyat"

    Tunjukkan kuasa kita sebagai rakyat negara ini!!!!

    Ayuh pengundi sg besar dan k.kangsar sekalian,

    Pandang dan fikirkan masa depan anak2 kita, agama bangsa dan tanahair bertanyalah pada diri kita...

    Adakah kita mahu pemimpin korup zalim dan menganaiya rakyat bernama najib memimpin negara ini?

    ReplyDelete
  2. Inilah rasuah
    Guling najib
    Rakyat perihatin

    ReplyDelete
  3. Paling best hari ni dpt tngok USAS adalah IPTS... ikut UIA mcm mana tu... dah umum U..bg je la jd kerajaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com