innity

pages

Wednesday, June 8, 2016

Piya sedekah al-Quran DITEGUR Peminat


Niat murni kapten Kelantan Mohd Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya menderma beberapa naskhah al-Quran kepada sebuah masjid ditegur peminat.
Ia susulan gambar Piya menyerahkan naskhah kitab suci itu dimuat naik oleh seorang jurugambar ke laman Instagram milknya, meezan_defella.
Gambar tersebut kemudian dikongsi pemain tengah berusia 34 tahun itu ke akaun Instagramnya sendiri, captain_piya16.
Pelbagai komen diberikan peminat beliau dengan reaksi membina dan menegur pemain tersebut.
Bagi sesetengah mereka, tindakan Piya itu terpuji kerana menyempurnakan amalan bersedekah.
Bagaimanapun, tidak kurang juga peminatnya yang menegur dan khuatir tindakan memuat naik gambar itu mendatangkan rasa riyak atau menunjuk-nunjuk.
Pengguna Instagram, mrs__pypiet menyifatkan perbuatan Piya itu sewajarnya tidak perlu diuar-uarkan kepada orang tidak berkenaan.
"Sembunyikan (rahsiakan, walaupun kepada) tangan kiri, kata atuk masa saya kecil-kecil dulu. Katanya tangan kiri kedekut.
"Bila memberi, juga menderma tak perlu tunjuk. Hanya Allah tahu amalan kita," katanya.
Bagi hairul_hafizie pula, amalan yang dilakukan Piya itu perlu dianggap sebagai contoh yang baik.
"Alhamdulillah semoga menjadi iktibar untuk yang lain. Jangan anggap post (gambar) ini sebagai riyak," katanya.
Gambar tersebut memaparkan Mohd Badri sedang menguruskan penyerahan al-Quran tersebut kepada pihak masjid.
"Mohd Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya mendermakan beberapa naskhah al-Quran kepada Masjid Al-Husna di Baung Bayam untuk kegunaan masjid berkenaan.
"Alhamdullillah semoga ibadah kapten Milennia 16 diredhai Allah SWT," tulis keterangan menyusuli gambar tersebut.
Mohd Badri memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama skuad Kelantan sejak 2007 dan mengetuai pasukan itu sehingga kini.
Malah beliau dianggap sebagai seorang pemain dihormati di kalangan penyokong The Red Warriors kerana tetap bersama sepanjang turun naik pasukan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com