innity

pages

Thursday, June 9, 2016

Pgw Khas BIDAS Rafizi: ‘Rosmah bukan menginap dua bulan di atas awan Belanja RM86juta'


Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor terus membidas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli selepas beliau berterusan membuat pendedahan berhubung penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi adalah percubaan untuk memberi tanggapan bahawa perjalanan Rosmah ke Istanbul, Turki pada 27 Mei menelan perbelanjaan duit rakyat sebanyak RM86juta.
“Saya merasa amat hairan dan aneh apabila Rafizi cuba beri tanggapan kepada masyarakat bahawa isteri perdana menteri menginap selama dua bulan di atas awan dalam sebuah pesawat yang menelan perbelanjaan sebanyak RM86juta.
“Hakikat sebenar isteri perdana menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor hanya berada dalam pesawat selama 26 jam untuk penerbangan pergi-balik Kuala Lumpur ke Istanbul,” katanya di Facebook hari ini.
Rafizi Ramli hari ini berkata anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa pesawat Airbus ACJ319 selama untuk dua bulan.
Ini adalah selepas semalam beliau mendedahkan bahawa Rosmah menaiki pesawat peribadi kerajaan ke Istanbul, Turki untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G bagi pihak PERMATA.
Rizal menjelaskan bahawa pesawat ACJ319 itu disewa selama dua bulan untuk menggantikan pesawat Airbus ACJ320 yang sedang menjalani penyelenggaraan.
Beliau berkata pesawat itu adalah bagi kegunaan orang-orang kenamaan di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Rosmah selaku isteri perdana menteri layak untuk menggunakannya.

5 comments:

  1. "Hakikat sebenar isteri perdana menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor hanya berada dalam pesawat selama 26 jam untuk penerbangan pergi-balik Kuala Lumpur ke Istanbul,”

    Rizal mansor.

    26 jam x 60,000 myr = 1.56 JUTA!!!!

    Mungkin duit datang dari harta pusaka keluarga rosmah kot?

    Kenapa tidak?

    Kerana keluarga dan adik beradik najib tidak bersetuju kenyataan rizal mansor suatu ketika dahulu mengatakan najib mempunyai harta pusaka....dah lupa chai2 sumee?

    ReplyDelete
  2. "Beliau berkata pesawat itu adalah bagi kegunaan orang-orang kenamaan di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Rosmah selaku isteri perdana menteri layak untuk menggunakannya"

    Apakah dengan alasan urusan kanak2 permata sehinggakan tidak bolehkah gunakan pesawat komersial untuk pergi ke turki?

    1.56 juta rosmah oiii, sejak bila duit rakyat boleh dibazirkan?

    Kenapa najib benarkan pemergian rosmah ke turki menggunakan pesawat peribadi kerajaan?

    Tahukah najib?,

    Arwah ayahandanya Tun abdul razak menyuruh isterinya Tun Rahah menaiki pesawat komersial dan membayar tambangnya sendiri jika ingin mengikuti beliau atas urusan
    negara?

    Urusan negara, isteri nak ikut, kena bayar tambangnya sendiri....itulah arwah tun abdul razak.

    Inilah Contoh keperibadian yang amat mulia lagi dihormati tinggi oleh rakyat.!!!!

    Najib?

    Terbentang luas keborosan dan ketamakan yg ada dalam diri najib dan rosmah.

    Dan lebih menyedihkan kezaliman, kekorapan dan penganaiyaan yg dilakukan oleh najib terhadap rakyat.

    Kepada pengundi k.kangsar dan sg besar, tunjukkan kekuasaan kamu semua, tunjukkan bantahan kamu, tunjukkan ketidakpuasan hati kamu terhadap pentadbiran najib dengan mengundi calon yg menyokong deklarasi rakyat.!!!!

    Ayuh pengundi2, jangan kita menyokong pemimpin yang hipokrit lagi munafik ini.!!!!

    ReplyDelete
  3. Apa hal kau org ni..tak habis-habis dengki dan khianat terhadap pm dan isteri beliau. Sifat tu tak baik dan ditegah Islam. Bulan yg mulia ni cermin-cermin diri sendiri. Rasanya yg buat komen diatas bukan orang Islam..tak taulah pulak klu org Islam.. islam memusuhi islam?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.08 lihat sekeliling kamu, adakah masih ada rakyat menyokong pemimpin bernama najib ini?, apabila persoalan rakyat tidak dijawab oleh najib?

      Cermin diri sendiri juga kepada kamu yang makan hasil suapan dedak haram dari najib dan proksi2nya.

      Jika Orang islam boleh berperang dizaman Rasullullah, inikan pula memperjuangkan yang hak! Menentang yg batil!

      Adakah najib tidak korup? Tidak zalim? Tidak memganaiya rakyat?

      Sila berikan penjelasan yg terang lagi jelas sehingga rakyat boleh memahaminya.

      Boleh?

      Delete
  4. jangan marah abe2..dia menabung dari kecik tu nak sewa pesawat tu..jgn lar jeles....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com