innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

Penyiasat antarabangsa dedah gambar komponen PELURU BERPANDU kes nahas MH17


BELANDA, Selasa – Penyiasat antarabangsa mendedahkan gambar komponen peluru berpandu yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, tahun lepas.
Gambar yang didedahkan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) itu menunjukkan sebuah objek besar yang dapat mengeluarkan letupan gas seperti ekzos kereta.
Susulan itu, Pendakwa Raya belanda menggesa Rusia mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluru berpandu berkenaan.
Terdahulu, pihak Barat dan Ukraine mendakwa pemberontak Rusia bertanggungjawab melepaskan peluru berpandu itu ke arah pesawat MH17.
Rusia bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menuduh tentera Ukraine yang bertanggungjawab terhadap nahas itu.
Pesawat Malaysia, Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah yang dikuasai oleh pihak pemberontak mengorbankan 298 orang penumpang dan krew pada Julai 2014.
Tahun lalu, Lembaga Keselamatan Belanda melaporkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak menggunakan peluru berpandu buatan Rusia, bagaimanapun mereka tidak mendedahkan pihak yang bertanggungjawab melancarkannya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com