innity

pages

Saturday, June 11, 2016

[PENJAWAT AWAM SELALU JADI BAHAN] Najib kata Hasil GST rakyat bayar ‘duit raya’ kakitangan awam


KUALA KANGSAR, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung mengakui ‘duit raya’ RM500 kepada kakitangan awam yang diumumkannya kelmarin, adalah hasil daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada rakyat.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan akibat kejatuhan harga getah 2016 di sini, hari ini, beliau berkata pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persediaan menyambut Aidilfitri adalah hasil daripada kutipan GST.
“Inilah sebabnya bila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam minta bantuan raya, kita dapat beri. Kalau tiada cukai macam mana kerajaan dapat bagi,” katanya.
Katanya, pelaksanaan GST terbukti memberi kebaikan kepada rakyat. - ismaweb

7 comments:

  1. Yg kerja swasta dah jadi golongan pariah ker pm, depa pon bayar gst juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rompak, tapi ambil dan agihkan kepada kakitangan awam. Rompak salah, ambil takpa OK

      Delete
  2. Dulu takda gst dpt bonus satu setengah bln gaji. Sekarang ada gst dpt 500. Dia kata gst bagus ? Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa 2.18 komen,

      Dulu dapat satu setengah bulan takder gst pun, hari ini najib mengadu dombakan kerana gst kakitangan kerajaan dapat 500.

      Najib, rm500 apakah yang dapat digunakan? Tak sampai satu minggu dah habis. Nak ikut cakap rosmah suruh berjimat cermat?

      Kenapa tidak najib berikan sahaja 4 billion ringgit yang ada dalam akaun peribadi beliau tu?

      Bahagi bahagikan kepada seluruh rakyat malaysia boleh tak?

      Najib, 4 billion tu bukan 400 ringgit taw!!!

      Bertaubatlah pencacai sekalian,

      Hasil rompakan duit haram kepunyaan rakyat tak izinkan tu jadi taik akhirnya.... sebelum jadi taik, telah meresap kedalam darah dan daging kamu. Darah dan daging tu pula kamu bawa ke hulu ke hilir, pergi bawa ke solat, masjid dan menjadi benih keturunan.

      Ada akal fikirlah....

      Delete
  3. NI KAWE NOK GHOYAT BUI HOK SENGOTI.PENJAWAT AWAM PUN KENA BAYAR SEGALA CUKAIJENIS CUKAI YANG DIKENAKAN KEATAS SEMUA RAKYAH MALAYSIA TERMASOK GST DAN CUKAI KEPALA (ZAKAT FITRAH)DEMO JANGE DOK INGAT PUAK2 DEMO JAH KENA CUKAI.

    ReplyDelete
  4. Mu pehe kok hok pm royat tu. Pasal duit gst boleh bui 500 ko penjawat awan,aku tak pertikai pon.cuma statement dia tu, mcn la 1.5 juta jer bayar gst

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAKPO MUNG DOK SUSOH ADO TOK NAJIB JETIK BATU MUNG,RAKYAT TERBANYOK DOH PILIH DIO JADI PM PANDAI DIO LA NOK BAGI BERAPO,KO SAPO.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com