innity

pages

Monday, June 27, 2016

Pemuda UMNO Semporna kecam tindakan kuku besi Majlis Tertinggi


Pemuda UMNO Semporna mengecam penyalahgunaan kuasa melampau serta amalan kuku besi oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam menghukum Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.
Ketua Pemuda UMNO Semporna, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata Shafie yang juga Ketua UMNO bahagian itu tidak dipanggil mempertahankan diri sebagaimana yang pernah berlaku kepada Anwar Ibrahim.
“Tindakan pengantungan ini adalah satu tindakan terdesak bagi memastikan hanya pemimpin ‘yes man’ yang perlu ada dalam barisan kepimpinan UMNO. Perbezaan pandangan dan kritikan sudah tidak boleh berlaku di dalam UMNO yang kononnya satu parti politik yang mengamalkan demokrasi.
“Jika kita imbau sejarah, apa perbezaan ketika Mohd Shafie membuat saranan ke atas Pak Lah secara terbuka agar melepaskan jawatan bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambil alih berbanding hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azis berkata, keputusan MT itu seolah-olah melupakan jasa Shafie yang sebelum ini, antara orang yang bertanggungjawab dalam membawa masuk UMNO ke Sabah.
“Perlu diingat, isu yang ditimbulkan Mohd Shafie hingga mengakibatkan beliau dipecat daripada kerajaan dan keahlian digantung adalah isu yang sememangnya telah mengikis kepercayaan ahli-ahli UMNO serta rakyat keseluruhannya terhadap pemerintah,” katanya.
Beliau berkata, jika Mohd Shafie digantung keahlian semata-mata kerana perbezaan pandangan dan kritikan terhadap Perdana Menteri dalam mengurus isu 1MDB sedangkan umum maklum, Mohd Shafie tidak pernah duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang.
“Ini bermakna jutaan ahli-ahli akar umbi yang tidak kurang lantangnya mengkritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdu Razak, dalam isu 1MDB khasnya di laman-laman sosial ini juga perlu digantung keahlian mereka dan jika itu benar-benar berlaku UMNO hanya demokratik pada nama dan bukan pada zahirnya,” katanya.
Pada masa sama beliau berkata, UMNO Bahagian Semporna akan membuat kenyataan rasmi secara bersama bagi mengecam dan menzahirkan rasa kecewa mengenai cara dan sistem kuku besi yang melanda UMNO sekarang ini. - IM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com