innity

pages

Tuesday, June 28, 2016

(PEMIMPIN BERKUALITI) ‎Muhyiddin, Mukhriz jadi REBUTAN


BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi rebutan Amanah dan Pas setelah kedua-dua pemimpin Umno itu dipecat daripada parti Jumaat lalu, lapor Sin Chew Jit Poh.
Difahamkan, pemimpin Amanah antara yang paling awal menemui Muhyiddin dan Mukhriz untuk berbincang penyertaan mereka ke dalam parti mereka, manakala Pas juga dikatakan mempunyai minat yang sama.
Begitu juga dengan DAP yang beranggapan kedua-dua bekas pemimpin Umno itu masih boleh bekerjasama biarpun tidak semestinya menyertai parti pembangkang.
Di samping itu, satu lagi parti pembangkang, PKR pula tidak berkecuali untuk membuka pintu seluas-luasnya kepada Muhyiddin dan Mukhriz.
Menurut sumber, Timbalan Pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub segera menemui Muhyiddin di Pagoh, Johor pada malam Jumaat, sebaik sahaja mendapat tahu beliau dan Mukhriz telah dipecat daripada Umno.
Salahuddin pula dikatakan menyatakan hasrat untuk mempelawa Muhyiddin menyertai Amanah untuk memperkuatkan parti itu di Johor.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, partinya akan cuba mengajak Muhyiddin dan Mukhriz untuk sertai Pas bagi membolehkan ada pertukaran kerajaan dalam PRU 14. Bagaimana pun, kata Idris, isu ini akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat parti akan datang.
Idris bagaimanapun enggan mengulas sama ada Pas sudah menghubungi atau mengatur pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz atau tidak.
Muhyiddin dan Mukhriz yang tidak mempunyai sebarang keanggotaan parti menyebabkan mereka mempunyai pilihan sama ada menyertai mana-mana parti pembangkang ataupun menubuhkan parti sendiri.
Peluang inilah cuba diambil oleh parti-parti pembangkang seperti PKR. Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, partinya sedia menerima sesiapa saja menjadi ahli dalam parti asalkan boleh terima idea dan prinsip perjuangan PKR.
"Terpulanglah hasrat mereka sama ada mahu sertai PKR atau tidak. PKR berjuang dan tuntut keadilan untuk Anwar dan rakyat. Kita mesti bersatu padu untuk menyelamat negara," kata Wan Azizah kepada akhbar itu.
Berbanding dengan parti-parti pembangkang lain, DAP dilihat mengambil sikap berhati-hati untuk memancing Muhyiddin dan Mukhriz ke dalam parti mereka.
Menurut Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke, jika Muhyiddin dan Mukhriz tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang, mereka berdua masih boleh beri kerjasama untuk sama-sama menentang BN dan Umno.
"Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Tapi ia tidaklah begitu penting. Apa yang lebih penting ialah mereka perlu bersama dalam pakatan kami dan bekerjasama sebagai satu pasukan," kata Anthony.
Menurut Anthony lagi, apabila kedudukan Muhyiddin dan Mukhriz kini bukan lagi ahli Umno, pergerakan mereka akan lebih mudah iaitu boleh terus berjuang tuntut keadilan, menjelaskan pendirian mereka mengenai isu 1MDB dan sebagainya.
Kata Anthony, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah itu sebenarnya telah menghabiskan banyak masa dan kesempatan yang diberikan mereka.
"Mereka sepatutnya kena lebih berani dan bertindak dengan lebih agresif menyatakan pendirian mereka. Namun kami amat mengalu-alukan kedua-dua mereka sertai Pakatan Harapan untuk hadapi PRU akan datang," katanya.
Beliau turut menafikan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin hari semakin kecil di kalangan masyarakat Melayu.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiang Lai berkata, MCA menghormati keputusan Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana mana-mana ahli parti yang langgar disiplin perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya,
"Sebagai ahli komponen dalam BN, MCA tidak berhasrat mencampuri urusan Umno. Namun BN perlulah mempunyai disiplin bagi mengukuhkan parti. Seperti MCA juga, sekiranya terdapat mana-mana ahli yang melanggar disiplin parti, tindakan tetap akan dikenakan kepada yang terlibat," katanya.

10 comments:

  1. Kalau setakat nak masuk tanpa pengikut,baik tak payah.lebih baik pujuk geng2 di semporna....dah gerenti ramai pengikut..hidup semporna...pagoh dan jerlun,bila lagi

    ReplyDelete
  2. Mukhriz join PAS, Muhyidin sertai Amanah, shafei apdal sertai PKR atau sebaliknya hanya dengan SATU syarat sahaja....semua parti pembangkang bergabung menentang dan melawan parti Untuk Macai Najib Only u.m.n.o secara satu sama satu pada PRU akan datang!!!

    semua bekas pemimpin umno yang lain harus lakukan perkara sama!!!

    Bertolak ansurlah wahai PAS, PKR Amanah dan DAP! Pilihlah antara kamu sebagai pemimpin selagi bukan al juburi sebab sama je specis ni dan najib.

    Bermuafakatlah dan bertolak ansurlah...jika ingin menang pada PRU akan datang!!!

    Sg besar dan k.kangsar Allah dah tunjukkan sebagai pengajaran!!!

    ReplyDelete
  3. Parti PAN, PAS pKr sudah rosak imej pd pandgn ramai rakyat. Elok bina parti baru dgn imej lebih baik drpd parti parti yg sudah buruk dipandgn ramai rakyat. Kerjasama sesama parti boleh dilakukan kemmudian. Tapi jgn sesekali masuk parti yg sudah buruk imejnya.

    ReplyDelete
  4. Tok Mudin bolehlah join PKR solely for Aljub yg dizalimi kes coffeboy lawan dia. MM boleh join PAS anjur Yahanana yahana. Ajak sekali anak bini supaya lebih nampak islamik.

    ReplyDelete
  5. Anwar ko nak letak ditingkat mana pulak... Tolong jgn lupa..perjuangan bebaskan anwar..dia dah insaf..tobat..Kasihan sikitlah pada Azizah dan anak anaknya...PKR jagn lupa agenda utamanya...anwar mesti dnobatkan PM not less.. Muhyiddin ke Mukhris ke..Shapie ke...mesti duduk di 2nd liner bersama azizah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak boleh.. Tak boleh... Ni tak mengikut apa yang council of orang2 tua mahukan...

      Siapa council of orang2 tua tu??? Tanya la mamak kerala...

      Delete
    2. 100% tak setuju Anwar jadi PM. Dia dah tak relevan lagi. Rakyat tak hormat Anwar sama macam tak hormat Najib. Dua-dua kami tolak.

      Delete
  6. BEREBUT2 PAKAT DOK NOK AMEK BAREY BUANGEY UMNO.ADO NILAI RUPO NYO PEMIMPIN UMNO,SELAMO NI GAPO HOK PUAK2 TAK KATO KO OREY UMNO,TAPI BILO UMNO REJEK JER PAKAT2 DOK BEREBUT PULOK.TAK PEHEY KAWE DENGEY PERANGAI PUAK PEMBANGANG NI.

    ReplyDelete
  7. Walau sesiapa pun yg memimpin pakatan pembangkang PAS PKR Amanah dan DAP....bergabunglah dulu, buat keputusan dan kenal pasti kerusi parlimen dan dun terlebih dahulu, yg penting satu lawan satu seperti PRU13.

    Bertolak ansurlah jika nak lihat umno dan bn jadi pembangkang, sekolahkan semula umno supaya kembali kepada perjuangan asal,

    Banyak pilihan pemimpin hj hadi, tsmy, azmin, wan azizah pon boleh dan lain lain calon berlambak kat luar tu. Anwar ibrahim bleh duk kat rumah, kalau ada pemimpin menyeleweng, lawan, seperti Tun lakukan untuk rakyat.

    Bersih cekap dan amanah itu sahaja kriterianya.

    Sudah2lah budaya korup dalam
    masyarakat malaysia ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com