innity

pages

Monday, June 27, 2016

[PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ] BN Bakal HILANG 3 lagi negeri


SHAH ALAM - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno, bukan satu langkah bijak oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kubu kuat parti di Johor, Kedah dan Sabah.

Penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, insiden itu memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang yang pada PRU13 lalu, berjaya menembusi kubu kuat Umno dengan memenangi beberapa kerusi.

Sudah pasti dengan tiadanya Muhyiddin, ia akan beri kesan kepada politik Johor, khusus dari segi sokongan.
Mukhriz sendiri dalam politik Kedah, umum merasakan dia diturunkan secara tidak demokratik oleh Najib. Apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami masalah kesihatan dinaikkan di Kedah, sudah pasti ia memberikan imej dan reputasi buruk kepada Umno.

“Keadaan sama bila Umno gantung keahlian Mohd Shafie, Sabah adalah benteng kuat Umno. Beliau antara tokoh kuat dalam kalangan masyarakat pantai timur Sabah dan ada pengaruh besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjangkakan insiden itu mengundang bantahan di kalangan ahli dan pimpinan semua peringkat dalam Umno, sama ada secara terbuka ataupun senyap menjelang pemilihan parti atau PRU14.

“Umno ini, bila dia nak protes boleh buat secara terus, kadang-kala dilakukan secara senyap. Mungkin dia hampa dan kecewa dengan apa yang berlaku. Kali ini lebih kepada protes senyap yang lebih bahaya daripada protes terbuka.

“Kalau protes senyap dibuat masa pilihan raya nanti, ia akan beri kesan kepada keputusan Umno ,” katanya. 

Beliau turut tidak menolak kemungkinan keputusan itu dibuat selepas BN mendapat kemenangan besar dalam PRK kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta Pilihan Raya Negeri Sarawak. - SH


p/s: BN juga berpotensi hilang kuasa memerintah di Terengganu dan Perak. Sementara itu, Selangor dan Pulau Pinang akan kekal diperintah oleh pakatan PKR, DAP dan Amanah. Manakala Kelantan kekal diperintah oleh PAS.

4 comments:

  1. PAS akan perintah KEDAH dan TERENGGANu jika berjaya mengelak agar TIDAK DITIPU oleh NAJIB

    ReplyDelete
  2. Kembali PAS kepada gabungan parti pembangkang insya Allah mereka boleh menang besar.

    Bertolak ansurlah...tidak kira amanah dap pkr dan amanah.

    Ditambah penyertaan anti najib, perkasa dan lain2.

    Ini sahaja cara nak tumbangkan umno seterusnya menghapuskan budaya korup dalam umno ini.

    ReplyDelete
  3. ooo iyo ko , kah kah kah . mimpi la ko

    ReplyDelete
  4. KAWE LASONG TAK CAYO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com