innity

pages

Saturday, June 18, 2016

Pasti Aman Malaysia Jika Cina Kiasu Jadi Seperti Mr. Kuan


Kuala Lumpur: "Sebagai manusia, kita tidak perlu melihat perbezaan agama, bangsa dan pangkat untuk membantu.”
Begitulah kata Kuan Chee Heng, 52, yang gambarnya berbuka puasa bersama ibu lapan anak di Puncak Jalil, di sini, semalam, menjadi viral hari ini.
Menurut ahli perniagaan itu, dia tergerak hati bantu keluarga berkenaan selepas dihubungi rakan Muslim yang menetap di kawasan berhampiran Puncak Jalil, kira-kira 4 petang semalam.
"Rakan memberitahu wanita anak lapan itu mengalami kesukaran hidup sejak beberapa hari lalu.
“Ini kerana kemudahan api dan air di rumahnya dipotong. Mereka juga hampir dihalau kerana ada tunggakan sewa. Malah, mereka hanya berbuka di surau.
"Ketika itu, saya ada urusan di Klang dan hampir waktu berbuka. Saya terus ke alamat rumah diberikan dan mengajak mereka sekeluarga berbuka puasa di kedai makan berhampiran," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Namun, katanya, dia tidak menyangka gambar yang diambil pemandu peribadinya itu menjadi viral sehingga mendapat lebih 23,000 'likes'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com