innity

pages

Friday, June 3, 2016

[PAS SERANG DAP P.PINANG] Tanah diambil, pembersihan etnik dilakukan secara halus


KOTA BHARU, Khamis – PAS Pulau Pinang menuduh kerajaan negeri yang ditadbir parti rasis dan cauvinis DAP sedang melakukan ‘pembersihan etnik secara halus’ dengan melaksanakan projek hartanah.
Perwakilannya, Yaakob Omar yang bimbang dengan keadaan itu berkata, pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang pada 2016 kini tinggal sebanyak 20.41 berbanding 28 peratus pada 2010.
“Daripada jumlah itu pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Timur Laut hanya sebanyak 1.16 peratus manakala di Balik Pulau 15.7 peratus.
“Kita tak tahu apakah akan terjadi kepada orang Melayu dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
“Kalau kita ada duit, kita boleh tinggal di sini. Kalau tak ada duit, nanti kita kena halau,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), hari ini.
Yaakob berkata, punca kehilangan tanah orang Melayu di Pulau Pinang adalah kerana mereka mudah diperdaya golongan tidak bertanggungjawab.
“Apakah sebab kehilangan tanah-tanah orang Melayu? Salah satunya disebabkan orang Melayu mudah ditipu.
“Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai ilmu mengenai tanah mereka dan undang-undang berkaitan tanah,” katanya.
Sehubungan itu, Yaakob meminta supaya PAS Pusat mahupun kerajaan negeri dan kerajaan pusat berusaha mengekalkan saki-baki tanah di negeri itu sebanyak 20.41 peratus.
“Kita cadangkan rizab tanah Melayu diwujudkan. Kita akan bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membuat gesaan supaya kajian ini dibuat secepat mungkin,” katanya.

3 comments:

  1. Semua tu salah kumpulan org melayu sendiri. Kenapa beri undi kpd pembangkang?..dah elok-elok parti yg ditubuhkan untuk kepentingan melayu mereka berubah angin kpd pembangkang. Alasan pemerintah tak betul..korup..perangai tak elok. Kena ingat perangai elok tak elok
    pun orang melayu islam kena sokong klu mahu pemerintah itu dari golongan melayu islam. Klu pemerintahan jatuh ketangan org bukan islambeginilah yg akan kita tanggung. Org islam melayu kena sedar hakikat ini..klu tudak akan hapuslah ketuanan melayu islam negara ini. Ingatlah dan sedarlah melayu islam khudusnya di pulau pinang jika ingin memertabatkan agama dan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha.... Bila Diberi Mandat untuk memerintah sikit2 tanah melayu disapu ketua menteri pun diberi pada bangsa lain tapi bila jatuh pada Pembangkang dok salahkan pembangkang, Pulau pun satu2 jatuh pada negara lain masih lagi salahkan Pembangkang...... hahahahahah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com