innity

pages

Sunday, June 19, 2016

[PAS HANYA LAWAN PAN, BUKAN BN?] Naib Presiden PAS: Cina punca PAS gagal atasi PAN di Sungai Besar


Former Law Minister Zaid Ibrahim also shared his sentiments on the by-elections and said: “Kan saya dah beritahu awal awal lagi, politik Melayu mudah. PAS dapat Hudud, Umno dapat undi, Cina dapat bisnes (I’ve already said from the start that Malay politics is easy. PAS gets Hudud, Umno gets votes, and Chinese get business.)”

KUALA LUMPUR, Ahad – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar malam tadi, menyaksikan PAS gagal mengatasi parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) atas faktor pengundi Cina.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAN mampu mengatasi PAS kerana meraih sokongan yang kuat daripada kaum Cina, di samping mendapat bantuan DAP sepanjang tempoh berkempen.
“Kalau kita tengok, PAN mengatasi kita di semua pusat mengundi kawasan Cina kerana mereka juga mendapat bantuan DAP,” katanya malam tadi.
Beliau berkata, antara punca PAS gagal mengatasi PAN pada PRK Sungai Besar adalah kerana isu-isu yang diputar-belitkan oleh media berbahasa Cina terhadap PAS.
“Kita tidak sempat buat penerangan untuk menjawab isu-isu yang diputar-belitkan dan tidak benar itu oleh akhbar berbahasa Cina, jadi mereka marah dengan kita di sana,” katanya.
Walaupun, PAS mengatasi PAN di Kuala Kangsar, Idris berkata, keputusan pada PRK itu tidak boleh dijadikan ukuran mengenai sokongan pengundi terhadap PAS dan PAN, kerana kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan disandang Barisan Nasional (BN).
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, memperoleh majoriti 6,969 undi, melebihi majoriti 1,082 undi yang diraih Allahyarham suaminya.
Sementara, Budiman Mohd Zohdi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, meraih majoriti 9,191 undi, melebihi majoriti undi yang diperoleh bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon sebanyak 399 undi. – Bernama


1 comment:

  1. Ini komen aku untuk orang yg terlampau cerdik tapi bingung dengan sikap pengundi.

    membingungkan amat sesuai dgn anda dan orang yg syiok sendiri, tak nak menerima kenyataan dan dah terlampau lama berpolitik lapok.

    Kena keluar dari kotak lama. Mesti balik kpd perkara basic.

    Rakyat sebenarnya tak bodoh. Malah mereka sgt cerdik. Wlwpun hanya penoreh getah tp Rakyat ada otak yg waras dan mampu lagi berfikir dgn mesej sekeliling. Misalnya, Gst bebannya tetap dirasai mrk. Rasuah pun depa tak suka. Tapi ada perkara basic yg menjadi masalah dan tajuk besar iaitu "krisis keyakinan".

    Mcmna nak yakin kalau cara lawan BN sama perangai macam BN? Timbullah parti baru pun, nama baru pun tapi org yg sama dgn perangai yg sama. Iaitu:

    1)parti muncul hanya bila musim pilihanraya tiba. Baik org kampung pilih BN yg dah tentu ada duit nak tabur. Perangai YB lawan BN pun susah nak jumpa sama mcm BN.
    2)perangai suka tuduh menuduh bila berkempen. Suka kata orang, baik pilih BN yg lebih kurang sama perangai buruknya tapi bila kempen jarang pulak dengar cela maki orang, malah BN nampak buat kerja, hidup pun tak susah mana sgt. Org melayu wlwpun ramai yg suka mengata tapi hati tetap tak suka perangai orang suka nengata ni. Cara ni dah lapok dan rosakkan peribadi penyerang.
    3)kempen takda idea bagus utk beri formula kemajuan dan solution, yg idea trsbut boleh meninggalkan BN terkedu. Perang idea bernas tak pernah wujud tapi Asyik cerita buruk orang sahaja. Baik BN lg, BN tak pyh ckp idea sbb BN dah bangunkan negara.
    4)Parti alternatif tak pernah solid bersatu asyik ada hal nak gaduh, rebut kerusi,lempar kerusi, nak rebut jd senator, speaker, asyik huru hara berpolitik. Baik BN yg rasuah pun tapi ikut telunjuk bos mereka, tak berani nak gaduh.
    5)syahsiah pemimpin atau calon parti lawan BN memang tak menawan hati pengundi, belum berkuasa pun perangai tak menawan apa tah lg bila diberi kuasa. Baik BN perangai buruk tapi dpt masyuk.
    6)org melayu sampai bila pun alergi dgn DAP, selagi ada DAP selagi itu melayu akan menolak parti lawan BN. Sebab UMNO ada point yg sgt kuat kenapa org melayu mesti jgn pilih DAP. Korang fahamlah maksud aku. Ada baiknya formula nak menang mesti menjauhi DAP parti rasis dan anti islamnya.
    7)semua parti yg bertanding melawan BN sudah terpalit dengan perkara di atas ni dan dikaitkan dengan perangai buruk maka susah org melayu nak terima. Pas sendiri pun dah dipandang serong dan tak dipercayai oleh org melayu kebanyakan kerana fahaman keras suka menuduh dan mencela org sekian lama. Kalau sekarang dah berubah pun tapi busuk dan luka lama dalamnya lambat nak dilupakan. Apatah lagi parti PAN yg ketuanya syiah dan liberal.

    Cadangan aku, perkara pertama kena buat ialah ubah perangai korang yg nak ambil alih putrajaya. Kerja keras dan yg penting jgn bergaduh, mencela sesama manusia.

    Kedua, yg paling jarang org terfikir, tapi sgt logok, iaitu lemahkan DAP. DAP adalah liability, beban busuk dalam pertarungan. Bila DAP dilemahkan dan dibunuh maka org cina hanya ada pilihan iaitu pilih parti yg terbaik diantara parti yg diketuai orang melayu.

    Formula ini shj yg akan membolehkan peralihan kuasa berlaku tanpa kesan buruk. Sbb Kalau parti pembangkang yg ada DAP dlmnya menang sekalipun PRU akan dtg, akan berlaku pergaduhan kerana sebahgian besar org melayu tetap tak akan terima DAP berkuasa, BN akan ada point utk wujudkan kekecohan dan main sentimen, wlwpun DAP hanya sebagai komponen kuasa tersebut.
    Percayalah dengan formula dan nasihat aku. Elok jauhi DAP

    Wira

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com