innity

pages

Monday, June 20, 2016

(PAS AMBIL ALIH TUGAS NAJIB SERANG TUN M) Mahathir perlu duduk di sejadah dan bertaubat - Ketua Pemuda Pas


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad digesa kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Dr Mahathir perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.

“Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut. Saya sarankan beliau banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.

“Jika Tun kembali kepada Allah dengan taubat yang benar itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu berkata zaman kekuatan Dr Mahathir ketika bertempur dengan allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz sudah berakhir.

Katanya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan petunjuk awal kekuatan sebenar PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir lemah dan buruk selain cubaan mengubah hala tuju perjuangan PAS.

“PRK kali ini peluang terbaik PAS untuk melihat tahap sokongan dan kekuatannya di bawah. Ia sokongan paling tepat terhadap PAS setelah ia bersendiri bersama IKATAN di dalam blok ketiganya yang baharu,” katanya.

Malah, ahli Parlimen Pasir MAS itu percaya PAS akan berjaya menepis sangkaan dan tuduhan bahawa parti Islam itu merupakan kuda tunggangan Umno.

“Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh Umno sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan Umno.

“Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir hadir di kedua-dua PRK dan bertindak menyokong calon Amanah. Bukan itu saja, beliau turut menggesa pengundi menolak PAS dan mengundi parti Islam itu sama seperti mengundi Umno.

PAS yang turut bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi.


20 comments:

  1. Halo bro sapa lu nak nasihat Tun.Kencing dalam tempurong dan cerminkan diri dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka dia lah...mustahil semua dia chakap salah..mesti ada kurang2 sedikit yg betulnya...ngko ni macham perempuan. .sikit2 chermin. .sikit2 chermin

      Delete
    2. Hoi Babi pukimak kau kenapa nak nasihat Mamakkutty Haramjaddah Hamlau Keling paria Madey pukimak ...Mahacelaka madey... mahasial...kecewa..padan muka kau tua kutuk muka pon dah macam babi kau nie madey...

      jangan kau mampos dulu.. kena tengok kejatuhan kroni and dan anak cucu kau dulu celaka

      Delete


    3. Sungguh baik dan tinggi budi bahasa kamu, 8.42.

      Sungguh bijak mak bapak kamu mendidik kamu.

      Diharap kamu pun mendidik anak-anak kamu seperti itu supaya keturunan kamu akan mewarisi sikap dan budi bahasa kamu yang sungguh hebat ini.

      Memang cemerlang keturunan kamu nanti.

      Delete
  2. Nk brtobat msti dok ats tikar sjadah ker, bkn ker semua irg kna bertobat , yg mnyuroh tu sama jgk tobat ler jgn asyik dok hntam org jer , dri dulu smpai skrang xabis2 politik kotor..nk tobat ni dok bwa kreta pun boleh tobat dok sntai2 pun boleh , dok mnonton pun boleh pendek kata bila2 pun boleh lah , nak dgn tak saja , konon ulamak sgt , ank tok guru bagai, tp hmpeh jgk ..maur tak knai tua muda tau..jd tobat lah jgk yg bcakap tu..

    ReplyDelete
  3. Dah pakai baju Melayu berkeris panjang bagai, maknanya ada orang dah tau-buat le tuuuuu. Mwahahaha. Berapa agaknya harga dedak untuk PAS ye.

    ReplyDelete
  4. Mana dia tau dr m dah bertaubat ke blom? maybe dr m hari2 duduk bertahajud n taubat setiap mlm? Bulan ramadhan ni lebih elok utk belajar bersangka baik..sesungguhnya itu lah akhlak yg dianjurkan oleh nabi tercinta..

    ReplyDelete
  5. SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN KETUA PEMUDA PAS. IKHLAS DAN JUJUR. BIAR KITA HILANG SESUATU KERANA ALLAH TETAPI JANGAN KITA HILANG ALLAH KERANA SESUATU. NASIHAT YANG BERNAS DAN SEWAJARNYA ANAK-ANAK TUN M YANG SENDIRI KENA BERI NASIHAT KEPADA TUN NAMUN SEMUA KELUARGA DOK ASYIK HAMBAT HABUAN DUNIA YANG TIDAK KEMAN PUN AKHIRNYA. TERIMA KASIH YB KETUA PEMUDA PAS.

    ReplyDelete
  6. Nkjadi mcm bapak mu lum nk mati terseksa dulu...mengong

    ReplyDelete
  7. Memang betul taring tun dah tercabut, begitu juga dngan akal mindanya sebab tu le dia semakin nyanyuk tak sedar diri silap haribulan hati, semangat dan nafsunya pulak yg tercabut.

    ReplyDelete
  8. Harap kepiah aja tinggi anak jantan Nik Aziz ni.Dia lupa perjuangan menentang dan mendedah kankemungkaran Najib Dan kuncu kuncu nya juga merupakan sbgh.amal maaruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
  9. 1. siapa berada di hujung sebenarnya kita tak pasti.
    2. apa tun buat pada saya fardhu kifayah. kebaikan yg hanya pahala balasannya.
    3. yg suruh bertaubat tu, dah bertaubat ke? macam riak sikit
    4. amalan tun nampak ke?

    ReplyDelete
  10. PAS bisu dan tuli ketika dunia heboh menceritakan skandal 1MDB dan wang derm 2.6 biliun dalam akaun peribadi DSN.Malah PAS tanpa persoal pun bagaimana ketelusan siasatan yg dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia?

    ReplyDelete
  11. Keimana tak boleh diwarisi - memang betol when applied to Nik
    Abdoh. Arwah bapak dia Tuan guru Nik Aziz surely is turning in
    his grave melihat perangai anaknya yang bersekongkol dengan
    musuh ketanya, UMNO. Apapun, Nik Abdohakan menagis dan meratap
    bila KELANTAN pun lepas dari tangan PAS dalam PRU 14 ke tangan
    UMNO kalau dia biarkan dirinya hayal dengan dsedak dan janji-
    janji pelesu NAJIB.

    ReplyDelete
  12. PAS tidak ada pendirian, seketika dgn PKR & DAP, dan le ni dgn UMNO. Yg muda tak semesti hidup lama dan yang tua belum tentu pergi dulu.

    ReplyDelete
  13. lu sembang kencang...lu nasihat lu punya tuang presideng dulu...lu tgk pru14 nanti..kt sg besar kalah dengan Amanah pun lagi mau sembang kencang ka...

    ReplyDelete
  14. Apa masaalahnya Tun nak berpolitik. Bapak dia dulu pun berpolitik sampai akhir hayat tak ada pulak dia nak bising suruh dok diam2 atas sejadah.Nak beramal mesti duduk atas sejadah ke? Baik sangat ke dia kalau duduk atas sejadah sambil kutuk orang...

    ReplyDelete
  15. Knp tk nasihatkan tun dan najib sama2 bertaubat? Bukan kah itu lebih manis Dan berhemah.

    ReplyDelete
  16. Pndpt saya, cara nik abduh nasihat (kalau betullah itu yang disebutnya) menampakkan bahawa dia ada kepercayaan berikut:-

    1. Bahawa Tun akan mati dulu sebelum dirinya (almarhum bapanya juga dulu percaya sedemikian semata-mata kerana umur.

    2.bahawa Tun seorang pendosa dah ahli neraka, dan hanya taubat sahaja yang akan dapat selamatkan Tun drpd neraka.

    3. Bahawa ia percaya dirinya sendiri dah confirm syurga sebab itu ia layak menasihati orang seolah2 orang itu adalah ahli neraka.

    "MAKA JANGANLAH KAMU MENGATAKAN DIRI KAMU ITU SUCI, DIA (ALLAH) LEBIH MENGETAHUI SIAPA DI KALANGAN KAMU YANG BERTAQWA.

    In shaa Allah perjuangan Tun menentang perbuatan mencuri dan menyamun kekayaan negara adalah satu jihad yang besar pahalanya.

    Kalau Nik Abduh lebih panjang umurnya daripada Tun in shaa Allah dia akan melihat sendiri bagaimana Tun dijemput kembali nanti.

    Semoga Allah kurniakan hidayah dan tawaduk kepada hamba2Nya yang ikhlas dan tahu berterima kasih.

    ReplyDelete
  17. perjuangan mencegah kemungkaran manusia bernama najib n balaci2nya.hai anak muda nik,mana perjuangan pas selama ni.aku pasti arwah bapa kamu pasti jelek lihat perangai kamu kini.untuk ayahanda tun perjuangan amal makruf nahi mungkar mesti diteruskan.abaikan segala bisikan syaitan yg bertopengkan agama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com