innity

pages

Thursday, June 9, 2016

[PANGGIL CINA BABI] DAP MENGAKU naikkan papan iklan anti-BN, PAS


Papan iklan yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua.
"Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepadaMalaysiakini.
Tony mempertahankan tindakan tersebut, terutama bagi papan iklan yang memetik ungkapan kontroversi Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

"Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina.
"Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.
Papan iklan Jamal itu memaparkan perkataan 'Panggil Cina babi tidak salah' dalam Bahasa Melayu dan Cina.



PRK Sg Besar: Azhar Shukur hanya boneka DAP?

'Boneka DAP'. Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Azhar Abdul Shukur, apabila kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar jelas dibayangi DAP.
Ini dapat dilihat menerusi pendekatan bersemuka dengan rakyat oleh Azhar, khususnya kawasan majoriti Cina yang terpaksa 'mengusung' pemimpin tertinggi DAP untuk sama-sama turun padang berjumpa masyarakat setempat.
Hasil tinjauan Bernama mendapati, usaha Azhar bertemu rakyat di Pasar Sari Selasa di Sekinchan yang turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan itu, Ng Suee Lim juga sedikit hambar.
Apa yang pasti, masyarakat Cina termasuk peniaga di pasar sari itu dilihat lebih teruja berjumpa dan bersalaman dengan Kit Siang dan Suee Lim berbanding Azhar.
Kelihatan sedikit kekok, Azhar yang turun berkempen bersama isterinya, Nor'adzimah Hassanuddin, hanya sekadar tersenyum dan kebanyakan masyarakat Tiong Hua yang ditemui lebih memberikan fokus perbualan kepada pemimpin DAP berkenaan.
DUN Sekinchan dalam Parlimen Sungai Besar mempunyai 16,055 pengundi berdaftar yang mana 9,139 daripadanya adalah kaum Cina, Melayu (6,524 pengundi) manakala bangsa India 363 pengundi.
Berbaki 10 hari lagi tempoh berkempen, kehadiran Azhar ke Pasar Awam Sungai Besar, di sini pula juga disambut hambar yang mana rata-rata rakyat setempat sekadar membalas senyumannya, malah ada juga yang enggan menerima risalah dan sapaannya.
Walaupun jentera AMANAH berusaha gigih memperkenalkan calon menggunakan pembesar suara, namun kebanyakan pengunjung pasar awam itu dilihat lebih kepada meninjau dan melihat pergerakan Azhar dan pengikutnya berbanding cuba mendekatinya.
Azhar merupakan calon pertama yang diketengahkan Pakatan HARAPAN menerusi AMANAH bagi pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com