innity

pages

Monday, June 6, 2016

[NETIZEN TEGUR KENAPA PAMERKAN RAMBUT] Galeri Tok Guru Nik Aziz Pamer RAMBUT, Serban dan barangan peribadi


KOTA BHARU: Galeri khas  Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diwujudkan dengan menempatkan pelbagai khazanah peninggalan Tok Guru termasuk himpunan kaset kuliah agama, gambar-gambar, album keluarga dan pakaian hariannya ditempatkan di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG).

Pelancaran Galeri Tok Guru di IPTG yang terletak di sebelah Bilik Gerakan Negeri dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Turut dipamerkan koleksi tulisan belasungkawa Tok Guru yang menyentuh perasaan dan cukup bernostalgia.

Ustaz Ahmad ketika ditemui berkata hasil perjuangann Tok Guru sepanjang hayatnya dipamerkan di galeri tersebut. “Buku-buku yang pernah dibaca Allahyarham Tok Guru dan koleksi pakaiannya turut dipamerkan. Walaupun Tok Guru telah pergi namun kita perlu meneruskan perjuangannya,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, pameran rambut Tok Guru Nik Aziz telah mencetuskan perbahasan di dunia maya.

Terdapat komen yang menyatakan tidak perlu mempamerkan rambut Tok Guru. Namun, terdapat juga yang mempertahankannya.








5 comments:

  1. Apeekebendanyeee

    ReplyDelete
  2. Ntahlerrr...siannnnn

    ReplyDelete
  3. Gila..
    Ni manusia biasa yang belum tentu syurga nerakanya.
    Tak salah untuk hormatinya tapi bukan sampai berlebihan (ghulluw) mcm ni.
    Dah macam Nabi plak.
    Semacam dgn amalan puak wahabi mengagungkan syeikh uthaimin.
    Ini sudah taksub sgt dah ni.
    Hentikanlah..

    ReplyDelete
  4. Itu lah hasil nya bila ketaksuban disemai kepada para pengikut,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com