innity

pages

Sunday, June 5, 2016

[NAK PERANG KE] Serbuah Pusat Hiburan di JB, Polis TEMUI 32 PARANG

Parang yang ditemui dalam serbuan di pusat hiburan di Taman Daya, Johor Bahru, awal pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Johor Bahru: Serbuan di pusat hiburan di Taman Daya, di sini, awal pagi tadi membawa kepada penemuan 32 parang, sekali gus disyaki menjadi tempat pertemuan ahli kongsi Gelap untuk merancang aktiviti mereka
Seramai 20 GRO Vietnam berusia 18 hingga 30 tahun dan tiga lelaki termasuk dua 'bouncer' turut ditahan dalam serbuan pada 1.40 pagi itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua wanita Vietnam itu direman mengikut Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari mulai esok.
"Lelaki tempatan berusia 55 tahun yang juga penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 55 (B) Peraturan Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Dua 'bouncer' iaitu lelaki tempatan berusia 41 tahun dan seorang warga Thailand berusia 21 tahun disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya,
"Jika sabit kesalahan akan dipenjara tidak melebihi dua tahun dan disebat selain mereka dipercayai terbabit sebagai ahli kongsi gelap," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

1 comment:

  1. mengerikan tengok parang panjang gitu.masih adakan pelangan nok gi masok tempat macam tu.kalu aku,tobat aku tak masok,ngri weh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com