innity

pages

Tuesday, June 14, 2016

Najib tak endah nasihat, bantahan Raja-Raja - Dr M


ULASAN l Ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, musuh ketat Umno.
Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika Umno masih Umno yang ditubuh pada 1946.
Di masa saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Tan sri Rais Yatim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa.
Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. Umno diheret ke mahkamah dan hakim hukum Umno haram.
Saya terpaksa hidupkan semula Umno. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli Umno menyertai Umno Baru.
Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari Umno melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
Kembali kuat
Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam Umno.
Umno kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya di masa pertandingan berada dalam Umno.
Inilah cara Umno. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan di bawah Tan Sri Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi.
Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti.
Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin Umno. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.
Perwakilan ke Mesyuarat Agong Umno tidak lagi bebas bersuara. Mereka ditaklimatkan supaya tidak sentuh 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.
Dalam keadaan begini bolehkah ahli Umno beri sokongan kepada saya secara terbuka dan ramai jika saya tegur Najib? Beranikah ahli Umno secara terbuka tandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib?
Restui kesalahan Najib
Beberapa Ketua Cawangan yang mengkritik Najib telah diberi amaran, diganggu perniagaan, ditarik balik biasiswa isteri dan bermacam lagi tekanan.
Yang jelas ialah semua Menteri-Menteri, Ketua Bahagian Umno, wakil-wakil rakyat Umno membisu dalam merestui segala salah laku Najib.
Biarlah hilang berbillion ringgit, negara dikenali di dunia sebagai antara sepuluh negara yang tertinggi rasuahnya, rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dimalukan dan dihina dan Najib sendiri takut bertemu dengan pemberita asing, namun ahli Umno akan sokong Najib.
Akhbar dunia melapor secara terperinci dan terbuka berkenaan bagaimana Najib menyalahguna kuasa, memasukkan dalam tahanan pemimpin Umno yang membuat laporan polis, mendakwanya di bawah undang-undang pengganas, menangkap peguamnya, tetapi pemimpin dan ahli Umno tidak berasa malu dan terus sokong Najib.
Dan sekarang undang-undang dikuatkuasakan yang memberi kuasa kepada Najib membelakangkan Yang di-Pertuan Agong, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara untuk mengisytiharkan kawasan darurat dalam mana Najib sebagai Pengerusi National Security Council (Majlis Keselamatan Negara), boleh masukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara di mahkamah.
Gerakan rakyat
Semua pihak dalam dan luar negara mengecam undang-undang ini. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak menandatangani undang-undang ini.
Baginda dan Duli-Duli Raja-Raja mengarahkan supaya dikaji dan dihalusi peruntukan dalam undang-undang ini.
Najib tidak endah semua bantahan dan nasihat Raja-Raja. Dia kuatkuasakan sahaja undang-undang ini.
Yang boleh meminda atau menolak undang-undang ini ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dari Umno dan BN tidak mungkin menolak rebutan kuasa oleh Najib.
Apakah mungkin teguran saya disokong oleh ahli Umno secara meluas? Tentu tidak.
Saya tidak sertai mana-mana parti sekarang. Saya bebas untuk berserta dengan apa sahaja gerakan. Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib.
Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat. Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju.
Oleh kerana pimpinan Umno sekarang tidak faham bahasa saya, saya jelaskan sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak terimanya lagi.
Jika ada Kit Siang atau sesiapa bersama saya, itu adalah kerana mereka seperti saya juga rakyat Malaysia yang hendak menyatakan kepada Najib melalui PRK ini bahawa rakyat sudah tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri.
Hanya secara kebetulan sahaja mereka menjadi ahli parti-parti politik atau NGO.
Tetapi yang tidak mahu faham tentu tidak akan faham juga. - MK

4 comments:

  1. Mamak mader sudah lupa UMNO 1946 beliau sendiri haramkan dan yg ada skrg UMNO baru yg beliau tubuhkan. Apara. Dulu aku pengikut setia blog ni. Skrg hampeh pemakan dedak

    ReplyDelete
  2. Tun M lawan Najib memang wajar En Panji Alam. Tak kan itu pun kamu nak kata salah. Yg lepas Kalau kita pernah buat salah tak akan menjadikan yg di depan salah itu benar atau benar menjadi salah.
    Kes najib bersalah jgn campur aduk dgn kesalahan lampau Tun M.

    Aku yg tak suka satu je, bersekongkol dgn DAP wlwpun dia rakyat Malaysia sebab dia LKS senyum di depan tapi pisau di belakang.

    ReplyDelete
  3. Laan banyak cara lawan..Tun M klau nak lawan Najib lawanlah..tak der sapa nak tegah..tapi yg duduk sebaris dgn LKS tu apa pasal..bersekongkol dgn dap..sedangkan dap musuh Tun M dulu dulu..mcm dah tak ada jalan lain ker sampai Tun M sepakat dgn LKS. Kata Tun M bijak..klu dah mcm ni tak adalah bijaknya..apa pun dah ramai tak suka dgn Tu M dan mari kita sokong Najib dan umno serta bn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni nak menipu pun agak-agak laa sikit...

      ...bulan puasa ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com