innity

pages

Wednesday, June 29, 2016

[MUSIM RAYA] JPJ BENARKAN Penumpang kenderaan RAKAM pesalah jalan raya , HANTAR ke ww.jpj.gov.my

PEMANDU kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan. - Foto hiasan
MELAKA: Hanya penumpang kenderaan dibenar merakam gambar jika mendapati pemandu kenderaan lain melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan, berkata menjadi kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda. 

"Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar. 

"Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my. 

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu," katanya pada program konvoi Jelajah Sahur JPJ yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din ke beberapa rumah golongan memerlukan sekitar Paya Rumput, di sini, bermula jam 11 malam hingga jam 3 pagi tadi. 

Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada pemeriksaan bas di hentian terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing. 

"Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan," katanya. - BH

3 comments:

  1. Impikasi dari undang-undang?..
    Adakah rakaman ini akan berguna di makamah?..
    Sesiapa yang disaman atau dikompaun disebabkan rakaman yang dihantar diharap Tidak membayar kompaun tersebut..bukan bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia melanggar undang-undang,tetapi mesti Ada SOP yang jelas,siapa yang boleh merakam kesalahan pengguna,kuasa yang diperuntuk oleh undang-undang..
    Sekiranya Cara begini diguna pakai,ramai akan bertindak sebagai penguatkuasa..
    Setiap aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh mana-mana jabatan mestilah dijalankan oleh orang yang diberikuasa..kuasa tersebut datang dari jawatan yang disandang atau dilantik oleh menteri,sekiranya public diberikuasa merakam kesalahan dan pengguna dikompuan atau disaman disebabkan boleh rakaman tersebut,ianya Tidak sah untuk mengguna rakaman tersebut dimakamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. video tu sebagai bahan bukti..kalau defendan tu tak salah dia lawan la kes tu..naik mahkamah..mcm biasa laa..undang sentiasa ada..jgn rumitkan /kompleks kan sesuatu yg boleh bg manfaat kpd semua org.

      rakyat biasa mmg sudah lama diberi hak dlm perlembagaan undang2 utk melakukan tangkapan awam (citizen arrest) oleh polis jika berada dlm sesuatu situasi yg membolehkan mereka/mampu utk menghalang jenayah yg disaksikan tanpa membahayakan mereka sendiri..its not something new..

      Delete
    2. Komen panjang nmpk anon 11.38,nmpk sgt hang org yg selalu against the law hehe..kantoi. Hang ingat jpj dan polis bodoh ke terus ambil tindakan pd pesalah jlnraya dgn membabi buta Dari gmbr dan video yg di ambil..dulu pun dah dilaksanakan penjawat swam kumpulan A diberi kuasa utk melaporkan kesalahan jlnraya pd polis tetapi dimansuhkan atas kelemahan teknikal. Hang Ada tk pd zaman Tu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com