innity

pages

Thursday, June 30, 2016

Mufti Pahang disiasat di bawah Akta Hasutan



KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima  laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu.

"Biar polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti Pahang.

"Apabila siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, pada Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.

"Ini merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir. Ini adalah tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.

Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya.

2 comments:

  1. PM langsung tak disiasat dan diambil.kenyataan sebab berbohong kata tak akan masukkan duit berbilion ke akaun peribadinya? Tapi ternyata menipu. itulah sbbnya rakyat makin tak percaya kpd polis dan akan rosakkan integrity pasukan polis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com