innity

pages

Monday, June 27, 2016

Mufti DICERCA, Kafir DAP, MCA dibela



DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidahatau ikatan yang satu.
Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.
Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.
Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.
Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.
Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.
Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.
Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama
Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. 
Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.
DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.
Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.
Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.
Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.
Siapa DAP? 
DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.
DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.
Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?
Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura Isma


- IM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com