innity

pages

Sunday, June 19, 2016

MP Ampang, Zuraida CABAR Captain M bagi Bukti KEKAYAAN LUAR BIASA beliau dan PROKSI MB Selangor


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mencabar seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Captain M, supaya tampil mengemukakan bukti dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya seperti yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sinar Online melaporkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebagai berkata:
“Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan. Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti. Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul.”
Captain M sebelum ini, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.
Menurut laman Facebook itu, kroni Zuraidah dan Azmin Ali dalam projek Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek.
Captain M mendakwa kisah kekayaan luar biasa Zuraida pernah kecoh satu ketika dulu selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen. Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah Mercedes Benz C200 hasil kroninya di Selangor.
Katanya, sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang, selain secara sampingan berniaga ubat-ubatan tradisional.
Captain M mendakwa sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. - ismaweb

4 comments:

  1. Lain macam ajer gelabah... jgn takut dan kuatir...kalau dalam kebenaran..

    ReplyDelete
  2. Jilat buat làgi untung daripada jual buah....

    ReplyDelete
  3. Inilah sebenarnya suka tuduh orang lain rasuah tetapi dia lah ibu segala rasuah. Kalau tak angin pokok tak akan bergoyang

    ReplyDelete
  4. Mana2 ahli MP PKR yang rasuah bagi saja kat Alsyeikh Alanwar Aljub untuk disula. Ini dia juga yang cakap atas pentas politik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com