innity

pages

Sunday, June 26, 2016

Moratorium BAUKSIT TAMAT 20 hari lagi, TETAPI Kerajaan Negeri BELUM ADA LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

ndansura dan penduduk terlibat tidak mahu pencemaran akibat aktiviti perlombongan bauksit berulang
KUANTAN – Sikap kerajaan negeri yang membisu berhubung operasi bauksit di negeri ini sedangkan tempoh moratorium akan berakhir 15 Julai depan amat dikesali.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, sehingga kini tiada sebarang pendedahan mengenai langkah penambahbaikan terhadap produser operasi standard (SOP) berhubung aktiviti perlombongan bahan mineral itu.

Menurutnya, tempoh moratorium akan tamat 20 hari lagi, namun tiada sebarang perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri.

“Kita dan masyarakat amat bimbang jika operasi bauksit diteruskan, sebab sehingga kini langkah pencegahan dan penguatkuasaan tidak didedahkan dan ia sepatutnya diumumkan sebelum operasi bauksit dimulakan,” katanya ketika ditemui di sini.

Andansura berkata, beliau meminta operasi bauksit dihentikan terus sekiranya kerajaan negeri gagal memperbaharui SOP.

Katanya, selain itu, sepanjang tempoh moratorium, suasana aman dan selesa dapat dinikmati seluruh penduduk yang terjejas sebelum ini.

Beliau berkata, suasana seperti itu yang penduduk mahukan iaitu tanpa adanya pencemaran alam sekitar.
“Oleh itu, masyarakat berharap suasana itu akan terus kekal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, selagi kerajaan gagal menambah baik SOP dan langkah pencegahan aktiviti bauksit, masyarakat sukar untuk menerimanya.

Katanya, sikap berdiam diri kerajaan negeri mengenai operasi amat dikesali dan sekiranya tiada jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut, Geram berharap operasi terbabit dihentikan terus.

Pada 8 April lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melanjutkan tempoh moratorium selama tiga bulan bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada berjumlah hampir empat juta tan metrik dieksport. - SH

1 comment:

  1. Pencemaran bauksit ni pasal kafir harbi punya angkara gamaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com