innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

[MENTERI MUSLIM CAKAP BERGINI?] Tidak sokong pindaan RUU sebab buka jalan hudud


SUNGAI BESAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan tidak menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kerana ia hanya membuka jalan kepada perlaksanaan hudud.

Nancy berkata, pendirian itu selaras dengan ketegasan parti itu yang menolak pindaan terbabit.

Mengulas sama ada beliau akan mengundi menentang rang undang-undang persendirian itu, Nancy memberitahu beliau tidak akan berada di Dewan Rakyat sekiranya rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

“Saya bukan saja menolak (tidak sokong rang undang-undang yang dibentangkan) tetapi, tidak akan berada di sana.

“Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (Parlimen),” katanya pada sidang media selepas Program Hello Komoditi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar. - SH

1 comment:

  1. Kena tanya dulu redhuan tee.
    Dia ni mca ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com