innity

pages

Sunday, June 26, 2016

[MEMALUKAN DI PRESINT 20] Putrajaya DICEROBOH Pelombong Pasir Secara Terbuka Curi Pasir



KUALA LUMPUR 24 Jun - Memalukan apabila ta­nah lombong di kawasan pusat pentadbiran negara di Putrajaya sekali lagi diceroboh pelombong pasir haram secara terbuka untuk mencuri pasir.

Lebih memalukan kegiatan itu dilakukan di Presint 20 iaitu lokasi sama yang sebelum ini pernah diserbu dan didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lalu berdasarkan laporan orang awam.

Beberapa tangkapan juga telah dibuat ketika itu.
Namun kegiatan mencuri hasil negara tersebut kembali rancak dipercayai sejak dua bulan lalu seolah-olah kawasan tersebut tidak ‘bertuan’ serta tiada pihak bertanggungjawab memantaunya dan orang awam yang prihatin sekali lagi melaporkannya kepada SPRM.

Menurut sumber, selepas me­lakukan beberapa intipan berdasarkan laporan yang diterima, 10 pegawai SPRM membawa bersama empat pegawai Pejabat Ta­nah dan Galian (PTG) iaitu pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen mengorek pasir untuk membuat serbuan di kawasan lombong berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Ujarnya, ketika serbuan dilakukan, terdapat dua jentera pengorek serta dua lori hantu dipandu empat individu yang baru selesai menjalankan kerja me­ngorek pasir dan apabila menye­dari kedatangan pasukan SPRM dan PTG mereka terus melarikan diri.

Katanya, pasukan bertugas segera memanggil bantuan untuk menyita jentera dan lori yang di­tinggalkan sebagai bahan bukti.

“Ketika menunggu bantuan, kira-kira 20 individu dipercayai kumpulan yang melakukan kegiatan curi pasir datang dan mengepung pihak SPRM dan PTG serta mengugut akan melanggar mereka dengan lori jika tidak berundur dan membawa keluar semua jentera dari lokasi.

“Pasukan SPRM terpaksa berundur namun dalam masa yang sama meminta bantuan polis dan ketika bantuan tiba kumpulan itu yang sebahagiannya masih berada di lokasi berpecah. Berlaku pergelutan antara pasukan SPRM, PTG dan polis ketika tangkapan cuba dibuat dan dua daripada ahli kumpulan itu berjaya diberkas,” katanya.

Sumber itu memberitahu, dua suspek berkenaan iaitu lelaki tempatan dipercayai penyelia dan pekerja Indonesia tanpa dokumen dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan Majistret Nik Isfahanie Tasnim W. Ab. Rahman membenarkan suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 b dan Seksyen 48 (h) Akta SPRM.

Jelasnya, SPRM tidak sepatutnya dibiarkan bersendirian dalam menangani isu curi pasir ini dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga Putrajaya yang gah sebagai pusat pentadbiran perlu sensitif serta tidak membiarkan kegiatan haram tersebut berleluasa. 

“Ini bukan kali pertama dan kerja bahaya kerana pegawai SPRM diancam untuk dicederakan. 

Sepatutnya pihak bertanggungjawab telah melakukan penambahbaikkan contohnya membina pagar dan lakukan kawalan ketat di situ. 

“Kumpulan pelombong haram ini seolah-olah dilindungi dan SPRM difahamkan sedang me­lakukan siasatan dengan teliti bagi mengesan pihak yang melindungi kegiatan tersebut,” tambahnya sambil memberitahu tapak korek pasir itu difahamkan akan dijadikan lapang sasar. 

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta tangkapan dan meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab melihat isu ini dengan lebih serius. 

“Isu kecurian pasir juga me­nunjukkan bagaimana pihak luar boleh melakukan aktiviti dengan sesuka hati seolah-olah Putrajaya tempat yang tidak mempunyai pihak berkuasa,” katanya. 

3 comments:

  1. pUTRAJYA KAN BAWAH tENGKU aDNAN, sprm PI TANYA DIA LE

    ReplyDelete
  2. Gengster curi pasir ni semua kena tanya MCA dgn UMNO la. Ni semua kroni depa la. Dah berpuloh tahun perintah tak kan jbtn kerajaan semua tak tau lagi kot. Atau buat buat tak tau...puiii

    ReplyDelete
  3. Beratus lori pasir 40 kaki masok Singapura tiap hari. Kastam pun ada cerita kut? Negara sudah yang disenaraikan di dalam 10 negara yang tinggi rasuah jadi ini semua ok kut?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com