innity

pages

Thursday, June 9, 2016

Melayu di zaman Najib


KENYATAAN RESMI
RABU 8 JUN 2016
Melayu di zaman Najib

1. Semasa berada di Manchester baru-baru ini, saya sempat berbicara politik dengan seorang warga British beragama Islam, beliau berkata bahawa "Politics can make intelligent people look stupid".

2. Saya bersetuju dengan pandangan beliau kerana itulah yang sedang berlaku pada Melayu (terutamanya UMNO) di zaman Najib. Sudah tidak ramai kaum cerdik pandai yang mahu menyertai UMNO ketika Najib menerajui parti 'usang' yang sedang sakit ini.

3. UMNO saya anggap usang dan sakit bukan kerana usianya. Sebaliknya kerana kedegilan para pemimpinnya untuk mengakui hakikat bahawa parti ini
masih meneruskan amalan lama sedangkan ahli-ahlinya sudah lama menerima dan mengamalkan perubahan.

4. Najib bukan seorang pemimpin yang bijak tetapi kebijaksanaan kini tidak penting dalam UMNO. 'Kebijaksanaan' sudah lama membawa diri dan meninggalkan UMNO sebaik sahaja Najib menjajdi juru mudi kapal yang sudah koyak layarnya ini.

5. Kini ringgit menjadi raja. Najib tidak berjaya membangunkan negara ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak pernah bersungguh-sungguh menepati janji 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

6. Rakyat hidup dalam kesempitan ekoran tempias langsung dari 1MDB ciptaannya. Namun Najib sedar bahawa akhirnya kemarahan terhadap kesusahan harian kesan daripada kegagalan 1MDB tidak akan ke mana kerana Melayu tidak bijak untuk memahaminya.

7. Kumpulan majoriti pula hanya memerhati dengan penuh kemarahan. Namun mereka tidak mahu bersama sama untuk menentang Najib kerana mereka berpendapat bahawa akhirnya 'najib, keluarga dan rakan rakannya akan kena juga'.

8. Dalam kekalutan yang timbul, kepercayaan terhadap UMNO sudah runtuh dan rakyat hanya menanti PRU akan datang untuk mengkafankaan UMNO, NAJIB, ROSMAH DAN RAKAN RAKAN SEPERDOSAAN NAJIB.

9. Apa akan berlaku sekiranya Najib terus berdegil?

10. Jika Najib tidak mahu turun, maka tiada pilihan lain. 

UMNO perlu 'diturunkan' supaya usaha memulihkan maruah Melayu dapat dimulakan..

Tanahair kita tanggungjawab kita
Kamarul Azman
Presiden GKCM

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia

5 comments:

  1. Aku setuju dgn artikal diatas Dan aku pun tk suka najib tp aku penyokong umno. Sapa LG yg boleh jadi pemimpin,Parti yg Ada skrg semuanya mcm taik jgn haraplah melayu islam akan selamat LG di tanahair sendiri kalau pembangkang memerintah.

    ReplyDelete
  2. PERASAN,SENDIRI BODOH BERTINGKAT2,NAK KATA ORANG,KALAU ANDA CERDIK BERAKAL KENAPA TANDING KETUA CAWANGAN,NAPAER TAK TANDING KETUA BAHAGIAN DAN NAPAER TAK TANDING PRESIDEN UMNO.ENTAH2 DEMO NI NI SRP PUN TAK LEPAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU LAH KAMU LG BODOH anon 8:27.
      DLM GOLONGAN ORANG BODOH SRP TAK LEPAS BOLEH JADI MB KAMU TAK JADI MB ? AK SEKOLAH ?

      Delete
  3. Mimpi ke?...mana ada pau?...sebelum memperlekehkan seseorang kaji fakta dahulu... Ditakdirkan allah bukakan hati Najib mengadakan pau dlm masa terdekat kita tengok ada tidak keberanian ahli2 Umno masuk gelanggang gkcm... Berani ke Najib n Pemakan dedak?...ni soalan pertama Yg perlu dijawab

    ReplyDelete
  4. Mimpi ke?...mana ada pau?...sebelum memperlekehkan seseorang kaji fakta dahulu... Ditakdirkan allah bukakan hati Najib mengadakan pau dlm masa terdekat kita tengok ada tidak keberanian ahli2 Umno masuk gelanggang gkcm... Berani ke Najib n Pemakan dedak?...ni soalan pertama Yg perlu dijawab

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com