innity

pages

Saturday, June 25, 2016

[MALAYSIA WAJAR CONTOHI PM BRITAIN] BREXIT : POSITIF DAN NEGATIF

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
25 Jun 2016 | 20 Ramadhan 1437H
BREXIT : POSITIF DAN NEGATIF

1. DPPM memuji tindakan David Cameron yang berani mengadakan referendum 'Brexit', bagi menentukan samada kekal Britain kekal bersama Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya. Ia membuktikan kesuburan sistem demokrasi berparlimen Britain apabila menyerahkan kepada rakyat menerusi undi popular bagi sesuatu dasar utama, tanpa menggunakan suara wakil rakyat atau pengundian di parlimen untuk mengubah dasar atau hala tuju negara.
2. Usaha ini sewajarnya dicontohi oleh Malaysia dalam menentukan dasar utama kerajaan, seperti perjanjian TPPA dan GST yang menjadi pertikaian rakyat. Parlimen yang dikuasai parti pemerintah tidak wajar diperalatkan untuk mendapatkan mandat, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menerusi referendum yang mana undi popular atau paling tinggi harus di ambil kira kerana ia adalah suara rakyat.
3. Selain itu, DPPM memuji David Cameron yang bertanggungjawab dengan kekalahan pihaknya apabila tewas kepada suara rakyat yang mengundi supaya Britain keluar dari dari EU. Beliau secara matang berundur dan meletakkan jawatan sekalipun mandat Parti Konservatif belum habis tempoh dan masih menguasai parlimen. Beliau sangat menghormati dan akur dengan keputusan rakyat.
4. Malaysia juga wajar mengambil contoh terhadap tindakan ini apabila sesuatu isu dan dasar bercanggah dengan kepentingan rakyat dan negara.
5. Senario penolakan rakyat Britain terhadap EU telah menyebabkan ia menjadi buah mulut masyarakat dunia. Pasaran saham dunia menjunam teruk, antara bursa saham utama yang terjejas seperti Nikkei dan Han Seng serta matawang British Pound Sterling jatuh ke tahap paling rendah sejak 1985 telah menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap masa depan Eropah termasuk Britain sendiri.
6. Malaysia juga turut merasai kesannya apabila Ringgit telah jatuh dari paras nilai RM3.97 berbanding USD kepada RM4.12. KLCI juga jatuh lebih 20 mata sebelum menokok kembali di akhir dagangan hari ini.
7. Apa yang dibimbangi DPPM adalah pelaburan-pelaburan utama Kerajaan melalui PNB (SP Setia) dan KWSP di Britain yang dijangka terkesan dengan keputusan Brexit samada dalam tempoh terdekat atau jangka panjang. Pun begitu, DPPM yakin pihak terbabit telah pun mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini.
8. Sejak EU ditubuhkan 60 tahun yang lepas, inilah negara pertama yang keluar dari EU. Apakah akan ada yang kedua dan seterusnya? Apakah masa depan politik dan ekonomi dunia? Inilah soalan yang bermain di minda semua yang mengikuti dengan penuh minat.
9. DPPM mahukan Kerajaan Malaysia bersedia dengan segala kemungkinan dan ketidaktentuan ini, agar ia tidak menjadi alasan kerajaan terus menekan rakyat.
Sekian.

“Bertekad Melebar Maufakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

3 comments:

  1. pas ni dah makan dedak agaknya, nak sebut terus terang minta Najib letak jawatan PM pon takut

    ReplyDelete
  2. cakap berlapik2, nak jaga hati Najib pemeberi dedak

    ReplyDelete
  3. PAS terlampau berstrategi sampai over nak jaga hati Najib. Ingatlah syariat Allah tetap Allah pelihara dan kalau akan dluluskan ia akan diluluskan.
    Jgn sebab nak RUu diluluskan sampai dah terpaksa gadai perjuangan.

    Baguslah ada rancangan nak berkerjasama dgn parti melayu UMNO, itu positif. Tapi jgn disenyapkan kemaksiatan pemimpin umno. Kalau najib salah mesti disebut dgn terang kesalahan tersebut. Biar PAS dihormati kawan dan lawan. Biar UMNO tau apa pendirian PAS dan syahsiah parti Islam.

    Dlm usaga nak selamatkan negara, tunjukkan PAS ke hadapan dlm usaha tersebut. Bagi formula baru pd Tun M supaya Tun M ada pilihan lain selain bekerjasama dgn DAP parti musuh Islam dan melayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com