innity

pages

Monday, June 13, 2016

Mahfuz: Penyatuan Pas-Umno jangan tunggu lama-lama


KUALA KANGSAR - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.

Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai ‎Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.

"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari  mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini.

"Contohnya Pas membuat pengisytiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sungai  Besar untuk Umno/BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakkan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno/BN.

"Umno/BN menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN  mengundi dan menangkan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Ujar Mahfuz lagi, tindakan itu ‎akan lebih mudah difahami dari isyarat yang sukar kepada pengundi mengenai perihal itu.

"Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini. Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity Jangan tunggu lama nanti lama-lama dia diambil orang," katanya.

Katanya lagi, hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangannya  untuk PRK ini.

"Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu. Sedap pula seni kata lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat. Senyum!, Penyatuan Pas,Umno suatu penantian," katanya. - SH

7 comments:

  1. mahfuz taik hitam...bodoh punya taik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini komen Mabok dedak...tulah org bersahur dgn kurma bukan dgn dedak dah jd mcm org mabuk

      Delete
    2. Ini komen Mabok dedak...tulah org bersahur dgn kurma bukan dgn dedak dah jd mcm org mabuk

      Delete
  2. Taik kau warna ape? Pink?.. Bodoh punya mahluk.

    ReplyDelete
  3. Mahfuz..kena dikeluarkan dari Pas dulu...baru bolih fikirkan berkerjasama erat.. Sebab Mahfuz memudaratkan mana mana organasasi.. menampakkan sewel dan rendah kualiti. Sbb tu parti yg teruk macam PAN pun buat dunno kat dia..Dap lagi takut nak ambil dia..Parti akan nampak koman dan lusuh . Pas dah sedar..dulu orang anwarinas make up dia...skrg mereka pun tersadai disana sini..ngangor.. Mahfuz kena mula berlatih ride motor.. hari untuk jadi despatch rider dah nak sampei..dah.

    ReplyDelete
  4. Mahfuz hati bolak balik. Hati PAN, baju PAS.

    ReplyDelete
  5. Eh!.....Apasal korang marah-marah kat MAHFUZ.....????
    Kan bagus nasihat dia tu. Kalau PAS nak bersatu dengan UMNO,
    apasal malu-malu kucing, tak mahu mengaku padahal dah berbaju
    pink sedondon dan dah menghunas keris panjang.
    Hina sangat ke UMNO tu sampai dijadikan macam laki simpanan....???
    Kalau nak kawen, buatlah betul-betul.
    Ini yang ISLAM tekankan - istihar, bagi orang semua tahu,
    baru tak mengundang FITNAH bila jalan berduaan pakai sedondon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com