innity

pages

Wednesday, June 22, 2016

Lisa Surihani LEBIH RAMAI PENGIKUT berbanding NAJIB

PETALING JAYA: Pelakon, model dan pengacara Lisa Surihani mempunyai 3.2 juta pengikut di Twitter dan ini menjadikan isteri kepada Yusry KRU itu artis Malaysia yang paling ramai pengikut di laman sosial berkenaan.
Malah, pengikut Lisa lebih ramai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memiliki 2.76 juta pengikut. Najib berada di tangga keenam sebagai pemimpin paling ramai pengikut di Twitter.
Selain Lisa, FMT mengenal pasti sembilan lagi artis tempatan paling ramai pengikut di Twitter.
Zizan Razak – 2.21 juta
Pelawak, pengacara, pelakon dan penyanyi ini menghantar 9,335 tweet sejak Mac 2010. Zizan yang pada mulanya dikenali Zizan Raja Lawak ialah naib juara pertandingan Raja Lawak musim pertama.
Datuk Siti Nurhaliza – 1.97 juta
Penyanyi nombor satu negara, yang menggunakan ID @CTNurhaliza11 juga antara artis dan ahli perniagaan yang aktif dan selalu mengemas kini tweetnya. Tweet terbaru beliau mengenai produk Simplysiti sempena Raya dan lagu raya baharu ‘Hari Kemenangan’ yang mula dijual di iTunes.
Aaron Aziz – 1.94 juta
Pelakon dari Kota Singa kini berada di Malaysia dan dilaporkan sudah menjadi warganegara Malaysia mula menyertai Twitter pada Februari 2011.
Awal Ashaari – 1.82 juta
Artis lelaki ini antara wajah yang paling kerap dilihat di kaca televisyen, suami kepada pelakon Scha Al Yahya dan bapa Lara Alana. Biasanya, wartawan mendapat segala berita mengenainya menerusi laman sosial. Dalam tweet terbaru, Awal yang berada di Mekah berkongsi kisahnya menunaikan umrah.
Nora Danish – 1.73 juta
Menggunakan ID @Nor4Danish, pelakon ini juga banyak berkongsi aktiviti harian. Menariknya tentang pelakon dan ahli perniagaan ini ialah dia juga banyak memperkenalkan dan mengesyorkan jenama serta produk lain yang dilihatnya berbaloi untuk dicuba.
Liyana Jasmay – 1.69 juta
Akhir-akhir ini pelakon ini banyak berkongsi tentang berbuka puasa selain mempromosi koleksi fesyennya di bawah jenama Mermaid. Liyana, antara artis yang banyak menggunakan laman sosial untuk tujuan perniagaan.
Neelofa – 1.57 juta
Pelakon jelita ini juga banyak berkongsi tentang rutin fesyennya dan dia banyak ditanya tentang rahsia kecantikan kulit dan cita rasa fesyennya. Ahli perniagaan itu mula menyertai Twitter pada September 2009 dan hanya tweet sebanyak 12,900 kali sepanjang tujuh tahun ini.
Yuna – 1.55 juta
Penyanyi, penulis lirik dan ahli perniagaan terkenal itu aktif di laman sosial dengan mengetengahkan topik berkaitan muzik serta isu sosial dunia dan Islam. Dia yang menggunakan ID @yunamusic membuka akaun Twitter pada Mac 2010 dan memuatkan 24,600 tweet setakat ini.
Najwa Latiff – 1.42 juta
Penyanyi muda dari Batu Pahat itu mula dikenali ramai menerusi lagu Cinta Muka Buku dan antara artis yang sangat aktif di laman sosial itu dengan lebih 30,000 tweet sejak membuka akaun pada Januari 2011.
-FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com