innity

pages

Monday, June 27, 2016

[LEPAS CEMERLANG TEPIS ISU 1MDB] Cerita SEBENAR KENAPA Husni Hanadzlah KELUAR Kabinet Baru Najib


Berita yang paling tidak disangka-sangka dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib Razak kali ini, selain perlantikan semula Noh Omar sebagai menteri ialah berkaitan pengunduran Husni Hanadzlah daripada jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Tanpa ribut dan tanpa sebarang khabar angin sebelumnya, tiba-tiba saja diberitakan beliau memilih untuk bersara daripada jawatannya.

Najib dalam pengumuman rombakan itu memberitahu, Husni telah memilih untuk bersara dan beliau menghormati keputusan tersebut.


Tempat Husni kini digantikan oleh Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

Benarkah Husni memilih untuk bersara secara sukarela?

Kenapa beliau bersara sekarang dan tidak berundur saja pada pilihanraya umum akan datang yang hanya kira-kira dua tahun lagi tempohnya?

Adakah beliau tidak sihat atau ingin berehat?

Seorang rakan memberitahu, Husni sebenarnya tidak memilih untuk bersara secara sukarela tetapi terpaksa membuat keputusan itu sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati terhadap Najib.

Beliau dikatakan tidak setuju dengan hasrat Najib mahu menukarkannya daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tempat Abdul Wahib Omar yang sebelum ini sudah pun memilih tidak mahu dilantik lagi menganggotai kabinet.

Kata rakan tersebut, beliau diberitahu mengenai perkara itu oleh salah seorang pembantu Husni sendiri pada petang semalam lagi.

Katanya, Husni agak kecewa dengan pertukaran itu memandangkan beliau selama ini telah dengan baik memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan jurucakap yang dilantik oleh kabinet untuk menjawab dan menangani hal-hal berkaitan 1MDB.

Lantaran itu, Husni dikatakan berasa pertukarannya itu seolah-olah beliau tidak begitu penting lagi di sisi Najib sekarang ini, meskipun sebahagian isu berkaitan 1MDB sudah berjaya diselesaikan.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib, empat menteri terlihat dalam rombakan iaitu Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi (mengisi tempat Abdul Wahid Omar), Noh Omar dibawa kembali menyertai kabinet memegang jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 27/06/2016).

13 comments:

  1. DUDUK D KERUSI MENTERI MOF TU LUBUK DUIT, NAJIB SUH GI JADI MENTERI DI JPM MMG TAK NAK LE, DUIT EPU JE LE

    ReplyDelete
  2. apa lagi join Muhyiddin dan Mukhriz dan Tun Mahathir le Husni, jom2

    ReplyDelete
  3. Dia juga melepaskan semua jawatan didalam umno dan juga BN...jadi ahli biasa sahaja sekarang

    ReplyDelete
  4. PANDAI2 JER BUAT FITNAH LAGI DIBULAN MULIA NI.BAWAK2 LER BERTAUBUAT.

    ReplyDelete
  5. bermula nye fitnah......nampaknye ramadhan dan puasa masih tak meninsafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah fitnah fitnah... Siapa Yg kn fitnah n apa Yg difitnahkan? Berilah ulasan

      Delete
  6. Tak pyh ajak org yg bukan jiwanya berjuang utk kebenaran. Dia akan undurdan mudah dibeli nanti.

    ReplyDelete

  7. Yang kononnya fitnah korang nampak.
    Yang zalim, rasuah, tipu, putar belit korabg senyap jer.


    ReplyDelete
  8. kalau betul dia merajuk...... mmg mcm budak Hingusanlah....... bukan main moderator atas kata mamat ni bagus Dan boleh jawab hal 1MDB...... aleh2 kecik hati pasal nak kena tukar Dan rasa tak penting..... gila apa ni?

    ReplyDelete
  9. cerita yg sebenar kot tapi orang yg malas bergaduh maka didiamkan aje.

    ReplyDelete
  10. takleh caya sangat citer pasal dia merajuk tu..rasanya kerja gerak saraf dedakians untuk pre-empt apa2 juga citer yang akan keluar...sebelum keluar citer buruk pasal Ah jib...dedakian dah buat citer demonize mamat ni....

    ReplyDelete
  11. Dia dah tak mahu lg berenti jerlah lg baik. Satu lari dua puloh lg yg nak ganti..apa ada msalah. Biar pm yg buat keputusan..macai-macai duk diamlah..klu nak marah sangat dua tahun lg boleh tanding pru..tak der sapa nak halang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com