innity

pages

Wednesday, June 1, 2016

Lelaki menyamar PASKAL ditahan memiliki "KELENGKAPAN PERANG"

ANTARA rampasan daripada suspek yang menyamar sebagai anggota PASKAL TLDM. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Alor Gajah: Lelaki yang menyamar sebagai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan polis ketika memandu van di Kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, 3.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, senjata, peluru serta kelengkapan lain yang semuanya didapati palsu turut ditemui di dalam van itu.
Katanya, lelaki berusia 41 tahun yang lengkap berpakaian seragam PASKAL ditahan selepas unit kereta peronda (MPV) terserempak dengannya dalam keadaan mencurigakan, 3.45 pagi tadi.
"Curiga dengan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan laju, anggota MPV kemudian menahannya sebelum mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa PASKAL dengan memberi alasan tertinggal di rumah.
"Pemeriksaan dilakukan menemui tiga senapang, 77 butir peluru, dua pistol, walkie talkie serta beberapa alatan lain di dalam van berkenaan," katanya.
Katanya, ketika ditahan suspek dikatakan dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Supek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 Kanun Keseksaan.
Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kesalahan sama dan pernah dipenjara enam bulan pada 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com