innity

pages

Thursday, June 9, 2016

Kos sewa 'private jet' Rosmah RM86.4 juta - Rafizi


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan kos anggaran sewaan jet peribadi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM86.4 juta dalam masa dua bulan.

Rafizi mendakwa, kos menyewa 'private jet' Rosmah ditanggung wang rakyat kerana tempahan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.






Datin Seri Rosmah dah mengaku memang dia ke Istanbul gunakan jet peribadi. Kata pegawainya, DS Rosmah sibuk tak sempat nak ambil kapal terbang komersil. Hari ini saya kongsi bagaimana mewahnya kapal terbang ini. Sudah tentu mewah, sebab kosnya RM86 juta untuk dua bulan! Mohon sebarkan, pembaziran gila sebegini tidak wajar dimaafkan.

(Untuk paparan gambar-gambar di dalam peswat, boleh lawat

9 JUN 2016

ANGGARAN KOS MENYEWA JET PERIBADI ACJ319 A6-CJE SEBANYAK RM86 JUTA UNTUK DUA BULAN

Saya ambil maklum jawapan Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor semalam yang mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Datin Seri Rosmah Mansor memang menggunakan jet peribadi yang disewa khas itu bagi tujuan ke Istanbul untuk menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA

2. Kos menyewa jet peribadi tersebut ditanggung oleh wang rakyat kerana tempahan dibuat oleh Kerajaan Malaysia

3. Kerajaan Malaysia menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh 2 bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara

Untuk menilai kewajaran Kerajaan Malaysia berbelanja menyewa jet peribadi ini, saya sertakan gambar-gambar di dalam pesawat (gambar sebenar ACJ319 A6-CJE) di dalam Lampiran agar rakyat boleh melihat sendiri betapa mewahnya gaya kehidupan pembesar-pembesar negara yang ditanggung oleh rakyat.

Semakan saya dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.

(Rujuk paparan dari Paramount Business Jets LLC yang saya sertakan di bawah)

Menggunakan kadar sewaan tersebut, anggaran kasar boleh dibuat seperti berikut:

Jumlah jam sewaan 30 hari X 2 X 24 jam 1,440 jam

Kadar sewaan (USD) sejam 
USD15,000 

Kadar sewaan (RM) sejam 
USD15,000 X 4 
RM60,000

Anggaran kos ditanggung rakyat 
RM86.4 juta

Saya akan menjawab beberapa alasan yang diberikan oleh Datuk Rizal Mansor di dalam satu kenyataan yang berasingan. Namun, saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain.

Saya boleh senaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:

1. Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang

2. Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka

3. Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang

4. Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga

Tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.

Oleh sebab itu, pemimpin dan calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lagi boleh bercakap mengenai membela rakyat selagi mereka tidak berani menegur Datin Seri Rosmah Mansor agar berhenti bermewah menggunakan wang rakyat seperti ini.

Saya seru supaya pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN tetapi rasa jelek dengan pembaziran wang rakyat seperti ini memilih untuk membuang undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan dari AMANAH di kedua-dua kerusi; atau pun tidak keluar mengundi langsung di dalam PRK ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

9 comments:

  1. Kawe setuju. Laki dia ckp jgn membazir di bulan puasa.

    ReplyDelete
  2. Peg2 kerajaan yang layak naik bisness kelas pun disuruh naik ekonomi kelas sbb nak jimat punya pasal..sampai MAS pun naik semput sbb seat kelas bisnes kosong..tetiba..boleh lah bini najib ni naik kapalterbanh utk dia sorang kos berjuta2...

    ReplyDelete
  3. blog geng Mahdey sakan duk kempen burukkan Najib dan BN... elok ampa declare terus je jd balaci PanDap... malu ke nak mengaku tengah jilat PanDap demi nak puaskan hati Mahdey yg busuk hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 7:50pm
      RM86.4 juta bukan sikit saudara...dalam keadaan semua jabatan2 kerajaan disuruh berjimat, kenapa untuk seorang kita kena belanjakan sebanyak tu...dan rakyat berhak mempersoalkan bayaran sebanyak itu sebab itu duit rakyat..kempen tun M adalah untuk mendesak supaya najib letak jawatan supaya UMNO terus dihormati, supaya pada masa2 hadapan, UMNO akan terus mendapat sokongan..bukan untuk diri dia, bukan untuk anak dia, tetapi untuk negara Malaysia yang kita cintai..salah tetap salah..kenapa kita nak betulkan @ menyokong benda yang salah...UMNO bukan hak najib..UMNO hak ahli2 UMNO...dah banyak kerosakan yang telah dibuat oleh najib kepada negara dan juga kepada UMNO..yang menjadi mangsa, rakyat...yg busuk hati bukan tun M..tapi saudara dan penyokong najib yang membutakan hati, membutakan telinga dan membuta kan mata sebab terpedaya dengan najib...dia kaya saudara..duit dalam akaun berbillion2...kita lantik pemimpin untuk memajukan negara, menyenangkan rakyat..bukan menyenangkan diri sendiri..tengok le betapa pengecutnya najib untuk berhadapan dengan rakyat..asyik sembunyi je..

      Delete
    2. Tukang komen geng najib macam kau pulak tetap bangang lagi munafik! Jawab isu ini la. Kalau tak tahu, kau bawak la kebangangan kau tu sampai 7 keturunan kau!

      Delete
  4. Kenape isteri pm boleh membazir
    ?
    Rakyat dungu

    Sokong najib juga

    ReplyDelete
  5. Habisss..nak bawak badak sumbu..mesti lar kena jet sewa khas..x gitu?

    ReplyDelete
  6. sama je bulan puasa ke tidak... rafizi kalau ade ape yang kamu tulis ini salah termasuk sewa jet rm86.4 itu salah tanggung lah kamu akibatnya... gambaran seolah2 rosmah guna utk 2 bulan rm86.4 juta sedangkan hakikatnya hanya satu hari... ya allah terlalu banyak pembohongan yg telah rafizi buat.. tunjukkan dia jln yang benar.. klu perlu berikanlah beliau sedikit pengajaran....

    ReplyDelete
  7. anom 8.26 .. penatnya berpuasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com