innity

pages

Tuesday, June 21, 2016

[KONSISTEN LAWAN ISLAM] Kuburkan MCA pada PRU14: Ridhuan Tee


Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyeru orang Melayu agar menguburkan parti perkauman MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ini kerana parti itu konsisten menentang agenda Islam termasuk dalam isu terkini iaitu usaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang memberi kaunseling kepada wanita yang berpakaian ketat dan seksi.
“Peliknya kenapa MCA dan ultra kiasu lain gatal punggung? Bukan kena pada mereka pun.
“Melayu beri kemenangan, mereka tentang Melayu balik. Wahai Melayu, sudah sampai masanya untuk saudara bertindak.
“Kuburkan MCA pada PRU akan datang jika masih berkeras mencari tempat baharu majoriti Melayu untuk ditandingi,” katanya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian hari ini.
Ridhuan Tee menjelaskan bahawa parti perkauman itu sejak dahulu tidak lunak dengan Islam.
“Apa jua nilai-nilai Islam yang cuba diterapkan mesti ditentang (oleh MCA). Misalnya kaunter mengikut jantina, bonceng motosikal bukan mahram dan lain-lain lagi.
“Jangan cakaplah soal mahkamah syariah dan Akta 355,” katanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan alasan apakah yang dipegang oleh MCA sehingga mempertahankan pakaian seksi dan menyatakan ia berpunca daripada keengganan MCA melihat nilai Islam mengakari negara ini.
“Semuanya berpunca MCA dan sekutu ultra kiasunya tidak mahu nilai-nilai Islam mengakari negara ini.
“Mereka bimbang jika ini berlaku, ia akan membawa kepada pelaksanaan hukum Islam,” katanya.
Ridhuan Tee juga menjelaskan bahawa antara punca MCA menolak Islam adalah kerana ekonomi.
“Mereka takut perniagaan haram dan bank mereka terjejas jika Islam dilaksanakan,” katanya.
Justeru beliau meminta kerajaan tidak meluluskan penubuhan bank baharu MCA, Bank Koperasi Kojadi yang bakal menjadi ancaman kepada negara dan Melayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com