innity

pages

Wednesday, June 22, 2016

[KES TEMBAK MATI] Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong SAH BERAGAMA ISLAM

Keluarga dan rakan menunggu jenazah di Hospital Miri

Miri: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong yang ditembak mati pagi semalam disahkan sebagai muslim dan jenazah akan diurus mengikut cara Islam.
Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Jamaluddin Taim berkata, Bill Kayong, 43, ataupun nama Islamnya Mohd Asbi Abdullah memeluk islam selepas berkahwin dengan isterinya Hasyikin Hatta, 41, yang beragama Islam.
Menurutnya, pihaknya juga mempunyai rekod pengislaman Bill Kayong di Pejabat Agama Miri.
"Pihak kami juga sudah bertemu dengan isterinya dan diberitahu Bill Kayong akan disemandikan dengan cara Islam pada hari Jumaat ini di Tanah Perkuburan Batu 1, Kuala Baram," katanya
Semalam, ahli politik itu ditembak mati oleh individu tidak dikenali di Persimpangan Lampu Isyarat berdekatan E-Mart, Tudan pada pada jam 9 pagi.
Mangsa yang memandu pikap Toyota Hilux disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah. - MyMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com