innity

pages

Wednesday, June 29, 2016

[KES RASUAH] Kit Siang sahkan SPRM tahan Guan Eng



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Sementara itu, exco kerajaan negeri, Dr Afif Bahardin mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan waran tangkap ke atasnya di bangunan Komtar.

"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," katanya dalam laman sosial.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di tingkat 28.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.



KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
29 JUN 2016

PULAU PINANG

7 comments:

  1. LGE banyak buat silap. Songlap sikit sangat. Kalau songlap billion tak mungkin nasib dia jadi macam ni.

    ReplyDelete
  2. So...adakah dengan penangkapan LGE ini akan mensucikan Najib? Bahawa UMNO telah menunjukkan kununnya DAP lebih korup dan sebab tu kena tangkap..dan Najib suci sebab tak kena tangkap.
    Percayalah...penangkapan ini tidak menjadikan imej UMNO lebih baik..malah akan lebih memburukkan. orang ramai dah pandai menilai dan dapat melihat bagaimana ada double standard dlm mejalankan keadilan.

    ReplyDelete
  3. Naya LGE. Tk berbaloi beli banglo buruk harga murah yg tk smpi 2.6 billion tp kena tangkap dahlah Tu beli Dr nyonya tua yg tk lawa pulak.

    ReplyDelete
  4. Kebenaran tetap ada..hidup ni jgn tuding jari dan kata org..fitnah org. Kan dah kena btg hidung sendiri..didoakan LGE akan terus bersabar dan berdoa banyak-banyak. Tahniah sprm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu doakan dia utk byk bersabar..doakan dia utk peluk islam..tu yg afdal..parti dia byk tentang Islam..

      Delete
  5. Kes untuk nafikan salah najib
    Sprm laknat lah kau

    Celakalah kau hancur lah kau

    ReplyDelete
  6. Laknat . Aib lah kau najib. Bencanalahkau najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com