innity

pages

Friday, June 17, 2016

Kempen Sungai Besar: Gambar Najib tidak kelihatan, ditakuti membawa sial?


SUNGAI BESAR, 16 JUN: Kemarahan rakyat termasuk ahli-ahli Umno terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat dibendung lagi sehinggakan tindakan meletak gambar beliau dalam pilihanraya kecil di sini dianggap akan memberi malapetaka terhadap BN.
Berbeza dengan amalan beberapa mantan perdana menteri lalu yang menggandingkan gambar mereka dengan calon BN bertanding, gambar Najib pula dikhuatiri membawa kekalahan kepada BN.
“Sudah masuk hari kesembilan kita tidak nampak pun gambar-gambar Najib. Saya diberitahu oleh maklumat dalaman Umno sendiri yang katanya gambar Najib boleh bawa malapetaka terhadap BN,” ujar Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub malam tadi.
Jelasnya, meletakkan gambar Najib hanya akan mengingatkan rakyat terhadap bebanan hidup yang terpaksa ditanggung termasuk skandal kewangan terbesar negara seperti isu 1MDB yang sudah menjadi perbualan masyarakat antarabangsa yang memalukan.
“Lihat gambar Najib, rakyat nampak 1MDB. Lihat gambar Najib, rakyat nampak skandal derma RM4.2 bilion,” kata Salahuddin.
Menurutnya sungguhpun pilihanraya kecil ini tidak mampu untuk mengubah kerajaan, namun, kemenangan Pakatan Harapan yang diwakili Amanah akan memberi kesan dan mesej yang besar rakyat kepada Najib.
“Apa yang kita hantar ialah isyarat jelas dari rakyat – Jangan main-main! Jangan main-main dengan rakyat!” tegasnya sambil menyeru pengundi di Sungai Besar memilih calon Amanah yang diwakili Azhar Abdul Shukur.
Turut memberi ucapan malam tadi ialah Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan (Umno) Malaysia, Cikgu Kamarulzaman.
Menurut beliau ahli-ahli Umno sendiri tidak lagi mampu untuk menghentikan ‘kemungkaran’ yang dibuat pemimpin-pemimpin mereka jika Najib masih mengemudi parti itu.
Ini kerana segala ‘dosa’ yang dilakukan mereka dilindungi oleh ‘teman-teman sependosaan Najib Razak’ merujuk kepada Majlis Tertinggi parti itu.
Ini termasuk segala penipuan dan tindakan menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan seumpamanya.
“Jadi, saya dengan seluruh ahli-ahli kami menyokong calon Amanah, kerana percaya (Amanah) mampu bawa perubahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com