innity

pages

Monday, June 6, 2016

[KAFIR BERKUASA DI SARAWAK] Adenan Satem arah Ahli Parlimen Sarawak tolak RUU Mahkamah Syariah


KUCHING, Isnin – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengarahkan semua Ahli Parlimen Sarawak menolak usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Oktober depan.
“Pendirian ini dijelaskan kerana ia tidak mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian kaum di negeri ini.
“Masyarakat Islam hanya membentuk 25 peratus daripada rakyat negeri ini dan kita perlu menghormati konsensus yang dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu, semalam.
Sebelum ini Adenan berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak adalah menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam 53 inisiatif pemerintahannya.
Sarawak, negeri yang terbesar di Malaysia, memegang 31 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.
Daripada 31 kerusi itu, BN memegang 25 manakala pembangkang mempunyai enam kerusi.
Pindaan RUU ini adalah agenda terakhir pada Senarai Perintah Parlimen.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman mengemukakan agar usul perbahasan ini dibawa ke hadapan, yang telah diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang usul berkenaan bertujuan untuk meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. - ismaweb

8 comments:

  1. Sarawak satu2 negeri di Malaysia yg majoriti penduduknya adalah kristian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kristian hanyalah kira² 42%. Islam kira² 32% . Agama² lain + tiada agam kira² 26%.

      Delete
    2. Majoritilah tu

      Delete
  2. orang islam sarawak ni dok poyo bangga pasal toleransi kononnya di sarawak, tapi mereka lupa, puak2 bukan islam telah menelan orang islam, nama saja memimpin sarawak tapi membawa suara orang kafir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu agama Islam pemimpin² yg mengaku Islam itu amat kurang. Tiada usaha mrk utk memahami Islam secara mendalam. Apa komen Majlis Islam Sarawak.

      Delete
  3. Org serawak ni dah biasa mkn biawak

    ReplyDelete
  4. Saya sedih bumiputera Melayu Sarawak, dimana arah tuju mereka? Majoritinya masih dalam kemiskinan..pendayung perahu tambang Sungai Sarawak kebanyakannya Melayu bumiputera mengeluh. Kemiskinan dari dulu hingga sekarang. Pemimpin2 dan kaum lain di Sarawak? Anda kena datang ke Sarawak menyaksikannya sendiri..

    ReplyDelete
  5. Mereka lupa sejarah, tanah sarawak adalah tanah sultan islam. Milik umat islam sebelum ia dijajah dan dikristiankan oleh James Brookes. Kini diwarisi kpd pemimpin mengaku beragama Islam tapi hati ....lu piki la sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com