innity

pages

Friday, June 17, 2016

[JANGAN TIRU] Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya Tahun Ini


KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin berkata, dia sudah mempersiapkan pakaian Hari Raya pada tahun ini sebanyak 110 pasang untuk mereka tiga beranak.

Zain, 32, memberitahu, pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.

"Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya," katanya kepada mStar Online.
Pada tahun lalu tiga beranak ini masing-masing mempunyai 20 pasang pakaian raya.

Tambah Zain, isterinya lebih teruja untuk mempersiapkan pakaian raya untuk anak mereka yang kini berusia dua tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.


"Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” kata Zain.

Menurut Zain, pakaian Hari Rayanya pada tahun ini adalah daripada koleksi sendiri iaitu Ketak by ZainSaidin.

Mengenai sambutan Syawal tahun ini pula Zain berkata, mereka akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada Hari Raya kedua.

Dalam perkembangan lain Zain kini sibuk dengan koleksi jenama kasutnya sendiri iaitu ZapatoS yang diperkenalkan sejak Ogos lalu.

Katanya jenama kasut mampu itu adalah hasil kombinasi jenama LV dan idenya sendiri yang dijual antara RM150 sehingga RM250.

3 comments:

  1. Kain kapan brp pasang dah siap?

    ReplyDelete
  2. Mati nanti insyaallah kain putih sehelai je. Tak payahlah nak riak. Apa pulak perasaan org yg tak mampu beli sepasang pun. Setiap yg susah ada senangnya. Yg senang pasti ada susahnya. Itu janji Allah swt. Harap2 zain anak beranak sedar dirilah sikit

    ReplyDelete
  3. Tk sangka laki bini nmpk mcm cerdik tp sebenarnya sengal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com