innity

pages

Friday, June 17, 2016

[ISU BAZAR RAMADAN] Presiden Ikhlas yang tidur, bukan saya – Hamzah

KUALA KANGSAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan dakwaan tidak reti menyelesaikan masalah peniaga bazar Ramadan.
“Saya nak beritahu sewa tapak bazar Ramadan ini bukan di bawah kementerian saya. Ia di bawah PBT. Siapa yang tidur?
“Kalau saya yang jaga, saya yang tidur. Ini bukan saya, jadi orang yang bercakap itu tidur,” katanya menangkis dakwaan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah yang mendakwanya beliau hanya pandai bercakap.
Sebelum ini, Ridzuan mendakwa peniaga bazar Ramadan dikenakan caj sewa tapak niaga terlalu tinggi sehingga ada yang mencecah RM39 ribu oleh pihak berkuasa tempatan.
“Sebaliknya, pihak KPDNKK menyalahkan peniaga apabila harga makanan dinaikkan bagi menampung kos sewa tapak yang terlalu tinggi itu.
“Menteri sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah peniaga bazar Ramadan di bawah seliaan KPDNKK,” kata Ridzuan.

2 comments:

  1. Menteri bodoh.
    Pandai cakap
    Sapy duit kerajaan

    ReplyDelete
  2. Walaupun bazar bawah menteri lwin
    Apa guna jadi menteri
    Bagila tau menteri berkaitan

    Memang menteri ni tido makan dedak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com