innity

pages

Thursday, June 23, 2016

[VIDEO] IS beri amaran, Bukit Aman tak lagi akan aman


"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.
“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”
Demikian amaran dari video propaganda rangkaian pengganas Negara Islam (IS) yang dikeluarkan Selasa lalu yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.
Video itu memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.
Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu New Straits Times lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.
Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.
"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...
"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.
Sementara itu, Ayob berkata bahagiannya sedang menyiasat dua serangan yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas berkenaan.
Katanya, serangan itu termasuk kes seorang pelajar berusia 16 tahun di Kedah, yang bersenjatakan pisau 27cm dan pistol palsu, dan menjadikan seorang pembantu jualan berusia 27 tahun sebagai sasarannya.
"Budak itu telah menerima arahan daripada seorang anggota kanan IS rakyat Malaysia untuk melakukan serangan... jadi dia mengambil pisau dan cuba untuk membunuh perempuan itu hanya kerana dia seorang bukan Islam.
"Kami juga menahan seorang suspek dengan dua pisau Rambo di stesen LRT di Jalan Jelatek," katanya.
Ayob berkata penyerang sekarang biasanya menggunakan senjata tradisional dan bukannya senjata atau bom kerana ia lebih mudah dan sukar dikesan. - MK

4 comments:

  1. Ideologi khawarij, akibat aliran fahaman baru, dalil agama ikut tafsiran sendiri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Lawak betul...aku gelak anak beranak smpi keluar airmata.

    ReplyDelete
  3. Cara baik yahudi dah tak boleh ambil Malaysia. . Dulu Pakatan Rakyat agak mengancam... skg PH dah nnpk x ade peluang lansung... pelopor pluralism ... syiah dan komunis rakyat sudah nnpk sapa orang orangnya... BERSIH dah tak bole pergi jauh ..cara diplomasi nnpk x de jalan lagi..... skg yahudi guna IS untuk mrngancam Malaysia. ..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    TOLAKLAH KESESATAN KHAWARIJ INI DENGAN IMAN DN TAQWA! ALLAH DAN RASUL TIDAK PERNAH MEMERINTAHKAN UMATNYA BERSIFAT ZALIM DAN MENINDAS WALAUPUN KEPADA HAIWAN ATAU ORG KAFIR!

    Betul tu, ini yg di jelaskan oleh Mufti Pattani ketika di IKIM.fm menjelaskan isu kesesatan Khawarij yang memerangi sesiapa sahaja yg tidak beramal dengan fahaman mereka.
    Mereka mengkafirkan sesama Islam dan mentafsir ayat2 Allah secara buta tuli serta menghina Rasulullah Solallahu Alaihiwassalam dengan memutarbelit Hadith dan Riwayat2- untuk melaksanakan agendi SYaitan.

    Allah SWT tidak pernah ada perintah dlm Al-Quran untuk membuat petumpahan darah atau perkelahian sebegini. Kafir yang diperangi hanya kafir yang memerangi kita. Itupun dengan arahan Wahyu Allah barulah perintah perang itu tiba. Perintah perang pula ada sistemnya, ada medan perang, hanya yang terlibat dlm perperangan. bukan orang awam, buakn kanak2, bukan wanita, bukan org2 tua..

    manusia2 GILA yg bertopeng nama 'Islam' ini cuba menyesatkan org2 yg jahil Agama supaya mengitu mereka. Allah akan bakar mereka ini dlm api neraka kerana Aqidah pun rosak kemudian menyeru kepada perbunuhan.

    SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA UMAT ISLAM DARI FITNAH DAJJAL DAN MENYELAMATKAN KITA SEMUA SUPAYA BERADA DALM PERLINDUNGAN_NYA.

    Wallahualam.

    Islam Agama Kasih Sayang
    Islam Agama Nasihat
    Islam Agama Sejagat
    Islam Rahmat Seluruh Alam.
    Islam haramkan berbunuhan, perbalahan.

    Subhanallah Indahnya Islam. Tolaklah kesesatan mereka2 yang sesat ini lagi MENYESATKAN!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com