innity

pages

Friday, June 24, 2016

IGP: 3 Lagi Individu TAMPIL dakwa diperas ugut pengerusi MyWatch


Tiga lagi individu tampil membuat pengakuan mereka diperas ugut oleh Pengerusi Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap pada sidang akhbar di Ampang hari ini, Khalid berkata, tiga individu itu mendekati pihak polis selepas keluar berita penangkapan Sanjeevan.
Ketua badan pemantau jenayah itu ditahan bersama-sama dengan pemandunya kerana ugutan jenayah dan peras ugut pada hari Rabu.
Ini berikutan aduan daripada seorang lelaki, yang dikatakan pengendali judi haram, yang mendakwa Sanjeevan mengancam untuk mendedahkannya dalam talian sekiranya tidak membayar wang perlindungan.
Khalid berkata pengadu sedang dilindungi sebagai saksi, dan polis kini tidak bercadang untuk membuat pendakwaan terhadapnya.
"Beliau adalah seorang pemberi maklumat yang telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi," kata ketua polis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com