innity

pages

Wednesday, June 8, 2016

Ibrahim Ali: Cuba semak MP Langkawi sekolah mana?


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ingin tahu sekolah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad kerana tidak memahami konsep percukaian.
Ia berikutan kenyataan Nawawi bahawa kerajaan yang membayar gaji ahli parlimen dan bukan rakyat.
“Cuba semak MP Langkawi itu sekolah mana?
“Ibrahim Ali nak tanya MP Langkawi sekolah mana yang dia pergi sebab dia tidak tahu tentang konsep cukai,” katanya.
 Ibrahim berkata gaji setiap ahli parlimen di negara ini dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikenakan sekaligus membidas kenyataan Nawawi bahawa gajinya bukan dibayar oleh wang rakyat.
“Siapa kata gaji wakil rakyat bukan duit rakyat, tanya ahli parlimen Langkawi itu kerajaan ambil duit dari mana?
“Kerajaan dapat duit dari cukai rakyat jadi bererti segala-galanya duit rakyat,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PERKASA hari ini.
Nawawi mengundang kontroversi apabila mengatakan bahawa gajinya tidak dibayar oleh rakyat tetapi adalah daripada kerajaan.
Kenyataannya bahawa dana awam tidak dimiliki oleh rakyat, mengundang kemarahan di kalangan pengguna media sosial.
Nawawi membuat ulasan dalam perdebatan tentang cukai di mana warga maya mengkritik dan mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat. - MK

2 comments:

  1. Bodoh dan terus bodoh walau belajar tinggi melangit. RAKYAT terus di pandang hina oleh pemimpin walhal kedudukan beliau itu pun hasil undi dari RAKYAT. Skrip seterusnya minta maaf dan rakyat pun terima. Sepatutnya pemimpin begini di buang saja. Utk apa simpan pemimpin dungu?
    Tak menghairankan tentu ada rakyat yg akan mengharamkan setiap sen yg anda suap sebagai punca rezeki! Ingat bro,haram tetap haram.

    ReplyDelete
  2. Dia tak sekolah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com