innity

pages

Tuesday, June 21, 2016

Giliran Nik Abduh pula digesa bertaubat

PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa supaya berdiri di kaki sendiri dan bukannya bergantung kepada kekuatan arwah bapanya.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin PAS dan Nik Abduh juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.
Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi.
“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Rushdan turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu semula apabila mendakwa Dr Mahathir yang juga penaung GKCM sudah kehilangan taringnya.
“Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir. Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” katanya.
Beliau berkata, PAS sendiri harus menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja,” katanya.
Semalam, Nik Abduh menggesa Dr Mahathir kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.
Dr Mahathir juga perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.
PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi. - FMT

7 comments:

  1. Bang jangan panik. Nik Abduh bagi mesej pd BN bhw Tun M masih merbahaya kpd BN sbb tu minta sgt Tun M berehat je. Kalau Tun M tak berbisa dah tentu depa tak sebut pun hal Tun M.

    Misalnya, ada depa sebut pasal Khalid Samad? Sbb apa? Sbb kalid tak merbahaya. Sbb itu Najib pun terpaksa juga buat komen sindir sindir, kot kotlah Tun M berputus harap.
    Tapi mengenali Tun M, susah nak percaya dia akan berenti. Melainkan kesihatan dia tak mengizinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M seorang pahlawan. Najib seorang lanun.Seorang lanun suruh seorang pahlawan berundur. Mana mungkin pahlawan akan beralah kepada seorang lanun.

      Delete
  2. Mana maruah PAS.... assmin pijak maruah PAS masa prk sg besar sokong PAN... bila nk kadi MB tagih sempati PAS.... masuh ada kah maruah PAS...?

    ReplyDelete
  3. Melayu kena angkat Monarchy semula. bukan terus hanyut dengan ilusi Democracy...!!

    ReplyDelete
  4. Memang susah nak percaya tun m kerana umur dan ingatan yg mula longgar. Dulu dia berjaya kerana dapat sokongan orang2 parti yg seangkatan dgnnya. Tapi sekarang mereka juga dah senasib dgnnya dan dah mula sasau. Buat masa ni biarlahlah dia meracau dan tak siapa yg mempercayainya terutama orang2 muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedara,rs ny andalah sedang dirasuk oleh suatu semangat jahat alaf baru,semangat dedak..anda seorang saja org muda yg tak menyokong Tun,blom tentu org lain..sori cai,llain kali bukak puasa mkn nasik,jgn mkn dedak..

      Delete
    2. Dalam isu 1MDB, terang-terang, rasuah dan penyelewengan telah berlaku oleh Najib dan geng keparatnya. Kami sokong Tun M bukan kerana suka-suka sahaja nak sokong Tun M tetapi kerana kami yakin Tun M berada di pihak yang benar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com