innity

pages

Saturday, June 11, 2016

Gaji RM900 TAPI bahagia, Gaji RM50ribu Tidak Bahagia, Kenapa?


Gaji RM900 tak bahagia?

***
KEBAHAGIAAN 

Alhamdulillah, dalam hidup saya, saya dah pergi mengembara ke negeri di Malaysia termasuk sabah sarawak dan labuan, juga saya dah pergi beberapa buah negara Eropah, Timur Tengah serta Asia Tenggara.

Dan kembara ni akan terus menerus insyaAllah sampai akan datang. Sepanjang saya kembara ke negeri dan negara orang lain, antara perkara penting yang saya belajar adalah, KEBAHAGIAAN itu BUKAN datang dari DUIT.

Saya pernah menyaksikan depan mata saya sendiri, pasangan suami isteri bekerja yang mana suami kerja gaji RM30,000 sebulan, dan isteri gaji RM20,000 sebulan (plus minus), akhirnya masing-masing bercerai. Sebab apa? Sebab TAK BAHAGIA.

Saya juga pernah menyaksikan depan mata saya sendiri, pasangan yang hidup miskin, gaji kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (ini serius), tinggal di kawasan bandar besar, tetapi hidup bahagia, anak ada 5 orang, 3 orang masih sekolah dan yang selebihnya dah masuk universiti.

Bahkan ibu saya sendiri, dulu kerja kilang, gaji RM700 (beberapa tahun lalu) setiap bulan, nak menyara kami sekeluarga (sebab ayah tiri saya dah meninggal dunia), alhamdulillah bahagia juga keluarga kami.

Masa saya di Eropah, saya menyaksikan sendiri memang ramai orang kaya, kerja biasa gaji tinggi, TETAPI nilai kemanusiaan dan ketamadunan manusia hancur. Duduk serumah sampai bertahun-tahun tapi tak berkahwin pun (hancur institusi kekeluargaan), gay lesbian dah jadi macam biasa, dan banyak lagi. Mereka membangun dari segi materialism, tetapi hancur nilai rohani.

Begitu juga masa saya pergi ke Mesir dan Indonesia, saya menyaksikan orang yang miskin dan kaya, tetapi ada yang bahagia, ada yang menderita. Bahagia walaupun papa kedana, dan derita walaupun kaya!

KEBAHAGIAN BUKAN DATANG DARI DUIT 

Saya bukan bercakap tentang agama. Tetapi akhirnya kebahagiaan itu BUKAN datang dari DUIT. Selama-lamanya bukan datang dari duit. Saya datang dari keluarga yang susah, bukan kaya raya. Tapi saya tetap bahagia.

Tapi hari ni bila saya ada "duit" sikit saja, saya dah mula rasa "gelisah". Gelisah kalau duit hilang, gelisah kalau kereta saya dirosakkan, gelisah kalau saya kena rompak, gelisah kalau kena tipu beribu-ribu, dan sebagainya.
Saya ada duit, tetapi saya tetap masih gelisah.

Saya fikir panjang, akhirnya baru saya faham, kebahagiaan itu bukan datang dari duit atau kewangan. TETAPI bukan bermaksud tak payah cari duit, atau serahkan duit kita pada orang lain. Bodohlah kalau siapa yang faham macam tu.

Apa saya nak beritahu, perbaiki mindset atau cara fikir kita. Its all about mindset. Sama ada kita minda kalah, atau minda menang. Kita yang tentukan. Dan cukuplah menyalahkan orang lain, kemudian mulalah cari kebahagiaan tu. Tetapi yakinlah, kebahagiaan selama-lamanya tidak datang dalam bentuk wang ringgit. Habis tu kebahagiaan tu datang dari mana?

Sebenarnya kita sendiri ada jawapannya.

Tetapi kita EGO untuk mengaku. Sebab kita merasa kagum dengan Barat yang sebenarnya kosong dari nilai. Kebahagiaan datang dari sejauh mana kita dekat dengan Tuhan.

Dan satu lagi, sebagai Muslim, cukup-cukuplah menyalahkan pihak zakat, baitulmal, JAKIM, jabatan agama dan seumpamanya. Kalau kita tak pernah berada di tempat mereka, tak pernah merasai susah payah mereka, tak pernah fikir seperti apa yang mereka fikir, tak pernah jumpa pegawai di sana dan bertanya, tak pernah kaji sistem yang mereka laksanakan, dan seumpamanya, diam saja. Atau kalau tak nak diam, pergilah kaji dan studi. Kalau tak, kita akan nampak bodoh dan hodoh kritik tanpa ilmu.

Omputih kata,
Seek to understand then to be understood.

Wallahu'alam

Shukery Azizan,
6 Ramadhan 1437 H.
Batang Kali, Selangor.

p/s : 1. saya bukan tak memahami keluarga yang hidup miskin, saya faham sangat. Alhamdulillah. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus berkeluh kesah dengan apa yang takda.

Saya faham penat kerja overtime, balik lewat malam, keluarga macam terabai. Faham, sebab arwah ayah tiri saya kerja security guard 12 jam sehari. Tapi ketahuilah, kebahagiaan rumah tangga akan datang sejauh mana kita taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah sungguh2 dan ikut sunnah Nabi semampu yang mungkin.

2. Saya bukan nak backup jabatan agama, atau seumpamanya. Tapi just to be fair. Yang salah laku, kita buat laporan. Bukannya mengadu domba di media sosial. Ikutlah saluran.

3. Jangan salah faham, saya tak kaya mana pun. Nak beli rumah pun tak mampu.

peace 
oleh: Shukery Azizan

9 comments:

  1. Bukankah Rasullullah SAW menyeru umatnya Bersederhana?

    Maksud Bersederhana disini tidak miskin Dan tidak kaya.

    Bukankah Tun mahathir berjaya menjadikan orang melayu Dan bumiputra golongan teramai didunia?

    Hari ini Najib pula yg mencuri Dan menculik hasil usaha pemimpin terdahulu Dan mengadu domba kan konon nya USAHA beliau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini Najib pula yg mencuri Dan menculik hasil usaha pemimpin terdahulu Dan mengadu domba kan konon nya USAHA beliau?............

      makna nya zaman Tun M memerintah dulu sama lah mcm khalifah Umar Abd Aziz la..??
      (rakyat hidup aman bahagia...harta melimpah ruah sehingga jabatan zakat nak bagi zakat, tak ada org islam yg mahu dan layak....sebab semuanya mewah dan berharta...??)

      cuba hang cerita kisah Petronas DIPAKSA bail out syarikat MISC milik Mokhzani...berapa ratus billion duit rakyat lesap...??
      cuba hang cerita skandal Perwaja steel....berapa billion duit rakyat lesap....??
      cuba hang cerita skandal FOREX Bank Negara ...berapa billion duit rakyat lesap....???

      sapa yg kuat mencuri..???

      Delete
    2. Hehe..depa tu.mana tau bro..masa Tun jd pm depa baru skolah rendah dan tak mengikuti dan kaji sejarah apa
      sebenar Tun buat..bg kita yg tau depa tak boleh tipu kita.. depa agum sgat dgn Tun.

      Delete
    3. Bang..sebab salah guna duit rakyat...najib kita turunkan...Tun M pun kita turunkan (tapi Tun M dah turun dr jd PM) so kita naikkan orang melayu yang baik dan bersih dari parti melayu yang bersih tak berfahaman liberal songsang dan celaru.

      Delete


    4. 8.24,

      Sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, aku komen ringkas sajalah.

      Kalau hati dah hitam, kalau perasaan hasad membuak-buak dalam dada, maka butalah mata, butalah hati.

      Hinggakan mana satu yang benar dan mana yang tidak benar sudah tidak dapat dibezakan lagi.

      Jauhkanlah diri daripada memakan hasil yang haram.



      Delete
    5. 8:24j
      Hang gelembong ja lebih...
      Hang memang tahap makan taik la woii...
      Kallau betoi hg ada bukti...tggu bapak hg apa lagi..saman la org tua tu sementara dia masih hidup..ni tak , hg sembang ja pandai mcm hg tau semua...simpan la sikit tahap mkn taik hg tu kat anak cucu hg...hehehe

      Delete
  2. Pakcu Rantau panjangJune 12, 2016 at 9:25 AM

    Kesempurnaan dan kebahgiaan datang dari Allah.Hati yang kona'ah dan bersifat syukur pasti Allah datangkan kebahagian. Pada yang berharta maupun yang miskin....Walahualam

    ReplyDelete
  3. Pencacai 8.24,

    Apakah dan dimanakah yg dimaksudkan bailout petronas,misc, skandal perwaja dan forex bank negara?

    Jika ada bukti nyata lagi kukuh skandal2 ini menghasilkan kerugian terhadap kerajaan? Dimanakah terjemahannya? Adakah hasil dari siasatan polis? Ada ditulis dalam laporan audit negara? Ada pengaduan dari peguam negara? Dari PAC? ada siasatan laporan dari suruhanjaya diraja? Bank negara buat laporan kerugian forex?

    Jawapannya? Tidak ada.

    Sebaliknya rakyat setiap tahun mengecapi kebahagian, kemewahan dan kemakmuran semasa pemerintahan Tun Mahathir.

    Hutang negara tidak seteruk seperti hari ini, sebagai perbandingan zaman Tun hutang negara adalah sekitar 100 billion berbanding hari ini zaman pemerintahan najib berjumlah 600 billion.

    Pencacai harami, Sebarang keputusan bailout atau menjual aset kepentingan negara mesti mendapat keputusan bersama jemaah menteri, bukan Tun Mahathir seorang membuat keputusan.

    Dalam hal ini Najib turut terlibat dalam sebarang keputusan jemaah menteri, kenapa najib tidak memberi sebarang bantahan?

    Jika pencacai boleh jual sekadar air liur pembohongan mengatakan beratus billion lesap, bagaimana pula dengan perompakan, penyamunan dan penyelewengan dilakukan oleh najib mungkin BERIBU BILLION lesap?

    Hari ini bukti terang dan jelas,Najib enggan menyaman media2 asing yg dichop fitnah, hari ini 1mdb disiasat oleh 7 buah negara asing, bagaimanakah penjenayah bernama najib
    dan kroni2nya terlibat dalam skandal pengubahsuaian dan pengelapan wang milik rakyat berhubung kait skandal 1mdb.?

    Hari ini rakyat dizalimi dan dianaiya hasil kerja haram najib dan kroni2nya.

    Hari ini rakyat ditipu oleh najib dengan pelbagai janji manisnya dengan mengula gulakan rakyat menjelang PRK sg besar dan k.kangsar.

    Hari ini rakyat ditipu dan ditindas oleh najib dengan pelbagai cukai dan harga barangan saban hari meningkat naik sebagai contoh; daun serai beharga 8 ringgit sekilo, naik 128%, daun sup 18 ringgit sekilo naik 350%.

    Lihatlah pencacai harami sekalian, apabila kami rakyat bentangkan topik ianya mengandungi fakta, bagaimana dengan pencacai? Ada fakta beratus billion lesap? Bolehkah kami rakyat mengatakan juga si penyamun Najib melesapkan duit rakyat BERIBU BILLION?

    Ayuh pengundi2 sg besar dan k.kangsar sekalian, kita tunjukkan najib jalan keluar seterusnya kearah laluan mahkamah untuk diadili!

    Kita semua sayangkan umno, tetapi malangnya ditunjangi pemimpin korup dikelilingi jemaah menteri yg turut sama bersubahat menyokong tindakan najib.

    Amat malang sekali perjuangan umno hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...bukan Najib aje paut di seret ke mahkamah...Rosmah pun patut di seret sama...perempuan iniah yang menjahanamkan duit rakyat...itu belum lagi termasuk tukang2 bodek yang menipu rakyat...mereka juga sudah kaya-raya hasil dari menipu rakyat...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com