innity

pages

Thursday, June 16, 2016

Facebook padam bahan pro-Palestin atas desakan Israel

Israel’s justice minister

TEL AVIV, Rabu – Facebook dan Twitter baru-baru ini memadam ribuan status, laman dan akaun sebagai mematuhi permintaan Kementerian Keadilan Dalam Negeri Israel.
Menterinya, Ayelet Shaked berkata, kementeriannya telah berjaya mencapai matlamat dalam tuntutannya untuk memadamkan kira-kira 70 peratus akaun Facebook dan Twitter yang pro-Palestin.
‘’Kami berjaya memadamkan kandungan berunsur hasutan yang menyeru kepada keganasan melalui internet,’’ kata Shaked seperti yang disiarkan akhbar Israel, Yediot Ahronoth minggu lepas.
Dalam satu mesyuarat tiga hari lepas, Shaked mengulangi pendirian Israel untuk bekerjasama dengan Facebook, Twitter dan Google bagi membanteras ‘hasutan keganasan’ secara elektronik.
Shaked mendakwa, ketika hasutan di internet semakin menurun, serangan ke atas Israel turut berkurangan.
“Ini membuktikan bahawa terdapat hubungan langsung antara hasutan melalui internet dan keganasan di Israel,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com