innity

pages

Sunday, June 5, 2016

[DRAMA TAMIL PEMUDA UMNO] Syed Rosli buat u-turn 2 JAM SEBELUM PENAMAAN CALON, konon masih sayang Umno


KUALA KANGSAR - Dua jam sebelum proses penamaan calon bermula, anggota Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan dirinya tidak bertanding selaku calon bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata, tindakannya membuat 'u-turn' kerana masih sayangkan Umno walaupun tidak berpuashati dengan pemilihan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam Umno yang banyak berjasa kepada saya ,bangsa melayu dan negara.

"Selepas mendengar nasihat dari beberapa orang lama di dalam Umno iaitu supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun telah membuat keputusan disaat akhir dengan tidak meneruskan niat untuk bertanding," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Baru-baru ini, Syed Rosli mengambil tindakan untuk menjadi calon bebas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti memilih Mastura sebagai calon BN.

Beliau juga mencetus kontroversi dengan menggunakan kata-kata kesat ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannnya itu dipengaruhi oleh perasaan marah serta kecewa terhadap pemilihan Mastura.

GAMBAR-GAMBAR PENAMAAN CALON HARI INI

PRK SG Besar: Calon Amanah, Azhar Ab Shukor tiba di pusat pencalonan Dewan Seri Bernam. - Foto Sinar Harian
Calon Pas bersama pimpinan berada di kawasan yang ditetapkan sebelum berarak ke Dewan Jubli Perak. - Foto Sinar Harian
‪#‎PRKKualaKangsar‬ Perarakan Calon dimulakan dengan solat hajat yang telah dimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Anak-anak Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK Kuala Kangsar, tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon, Dewan Jubli Perak pukul 8.50 pagi.
PRK Sg Besar: Calon PAS serah borang pencalonan
Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P.093 Sungai Besar, diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ,Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar serta pimpinan tertinggi UMNO negeri.
Permandangan dari atas perarakan calon Amanah PRK Kuala Kangsar
PAS - UMNO Makan Sama-sama

3 comments:

  1. BN buat silap besar meletakkan mastura sebagai calon. BN mensia sia kan peluang yg Ada. Sudah pasti BN akan kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mung sapo,buleh nok kato bn akey kaloh,mung anok murid tok gomol melaya kah.tok najib lebih tahu gapo hok dio nok buat.

      Delete
  2. Budak kanyak ni kalau tak masyuk ..memanglah sengal. Taktik dah cantik dah tapi kalau tak kowtim masa tarik diri. Bodoh sangat kau bro

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com