innity

pages

Thursday, June 23, 2016

DATUK, Pengerusi NGO Berkaitan Benteras Jenayah DITAHAN SPRM terima rasuah dari tokey JUDI

PENGERUSI sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah bergelar Datuk ditahan oleh sepasukan pegawai D7 Bukit Aman di susur keluar Plaza Tol Nilai. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

NILAI: Seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap, ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram. 

Pengerusi bergelar Datuk terbabit berusia dalam lingkungan lewat 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam tadi, di Plaza Tol Nilai, di sini. 

Terdahulu, sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram. 

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis. 

Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis. 

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan Datuk terbabit. 

Datuk berkenaan kemudian diiringi pihak polis ke Bukit Aman.

2 comments:

  1. 25k sebulan...
    Dah berapa lama?
    Lhdn buat la backdated taksiran kat dia....

    ReplyDelete
  2. Ada pic datuk tu tak.... sllu buat operasi dng PBT ke.?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com