Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa Datuk Firdaus Ismail yang memandu sebuah Toyota Harrier dipercayai dalam perjalanan ke majlis yang dihadiri Hishamuddin pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Menurut Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK Parlimen Sungai Besar itu, Asisten Komisioner Khalil Ariffin, mangsa yang memandu bersendirian dari arah Klang ke Sungai Besar dikatakan hilang kawalan sebelum kemalangan.

“Pada masa kejadian, terdapat sebuah van jenis Nissan Vanette secara tiba-tiba membuat pusingan U, ekoran itu mangsa hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di badan dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah Khalil, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE